NABAWAN : Disiplin dan kerja kuat Calon No 4 DUN N45 Sook, Dato' Sri Arthur Joseph Kurup sepanjang menjadi wakil rakyat menjadi bukti kejayaan Ahli Parlimen Pensiangan itu dalam merealisasikan manifesto pilihan raya.
Setiausaha Agung BN Malaysia, Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, sebagai Menteri Pendidikan Tinggi, beliau tahu apa yang Arthur buat bagi membantu pelajar cemerlang yang miskin.
"Arthur datang jumpa saya, bagi tahu saya..di kawasannya ada pelajar dapat keputusan baik tetapi tidak mampu ke universiti.
"Jadi, saya bantu dan pastikan dia (pelajar) itu dapat masuk universiti," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Manifesto Calon N45 Sook di Dewan Masyarakat Sook dekat sini.
Selain itu, katanya, Arthur akan melaksanakan agenda besar di Sook dan menyeru rakyat beri sokongan kepadanya.
"Saya yakin Arthur dapat tumpaskan calon lain dengan syarat kita semua (BN) bersatu hati," tambahnya.
Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan diadakan pada 29 November ini.
Calon lain adalah penyandang Datuk Ellron Angin (GRS), Joseph Peter Tinggi (Warisan), Ireneus Pagut @ Jerneus Pagut (parti Soladiriti Tanahairku (STAR) dan V Chong Vin @ Siau Ho (parti Impian Sabah).









Comments
Post a Comment