Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang merasakan sudah cukup peluang yang diberikan kepada wakil rakyat yang terdahulu kerana peluang yang diberikan hanya berlalu sia-sia tanpa sebarang perubahan.
Ketua Wanita Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Sominah Majaip berkata pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu, pengundi memberi peluang kepada wakil rakyat terdahulu kerana wakil rakyat meminta pertolongan dari pengundi untuk terus memilih mereka.
Beliau berkata beliau berasal dari kawasan mengundi paling pedalaman di dalam DUN Kundasang iaitu di Karagasan.
"Pada PRN lepas, YB kami di Karagsan sampai di kawasan kami 2 hari sebelum mengundi... Selepas itu dalam beberapa lama kami menunggu dan menunggu, dia sampai ke kawasan kami pada bulan 11 tahun lalu.
"Dalam masa 2 penggal kebelakangan ini, kami di sana tahu, jika dia muncul itu adalah tanda-tanda ada PRN," katanya.
Negeri Sabah akan mengadakan PRN ke-17 pada 29 November depan dan ketika ini semua pihak sedang dalam tempoh berkempen sehingga menjelangnya hari mengundi sejak 15 November yang lalu.
Sominah berkata cukup sudah peluang yang diberikan kepada wakil rakyat yang menyandang jawatan Ahli DUN di kawasan Kundasang kerana sudah terlalu banyak peluang yang diberi.
"Mungkin dengan kedudukan kawasan kami (Karagasan) yang terlalu pedalaman, saya rasa beliau tidak mahu peduli sudah, jadi bagi saya kami mahu perubahan terutama sekali kami yang di pedalaman," katanya.
Sominah berkata demikian ketika ditemui selepas program bersama pengundi di Dewan Komuniti Kilimu, Ranau, Sabah.
Menurut Sominah, penduduk di kawasan Karagasan hanya ada kemudahan bekalan elektrik itupun adalah usaha Barisan Nasional (BN) sebelum ini dan di sana tidak ada kemudahan air terawat.
"Satu masalah yang paling besar bagi kami ialah kami terlalu sukar untuk berjumpa dengan dia," katanya.
Ketika ini kerusi DUN N.36 Kundasang disandang oleh Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam yang juga menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri III dan Menteri Pembangunan Perindustian Sabah.
Beliau dilihat menerima cabara yang kuat dari calon anak jati tempatan dari BN, Japirin Sahadi dari Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang sebelum ini ada pengalaman sebagai Setiausaha Politik selama 3 penggal.
Selain anak jati Sabah, beliau juga dikatakan adalah calon kegemaran anak muda kerana beliau adalah muka baharu dan ada keinginan untuk membuat perubahan kepada rakyat Sabah khususnya di DUN Kundasang.

Comments
Post a Comment