Bekas penyokong kuat GRS bawa 195 ahli baharu sertai PBRS


SOOK: Jumlahnya bukan kecil, sebaliknya 195 orang ahli baharu Parti Bersatu Sabah (PBRS) dibawa masuk oleh Alun Ampasok menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah minggu depan.

Lebih istimewa, Alun, 68, pemimpin veteran yang amat disegani di Sook terkenal sebagai penyokong kuat pencabar utama calon Barisan Nasional (BN) di DUN Sook, Datuk Sri Arthur Joseph Kurup iaitu Datuk Ellron Angin dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Jika kelmarin, Alun menerusi adiknya, Mary Ampasok menghantar 80 borang keahlian baharu PBRS di Kampung Barai, Biah Sook, semalam dia membawa masuk 115 ahli baharu di Kampung Ansip, Sook.

Tidak hanya itu, PBRS turut menerima 40 ahli baharu dari Kampung Rimbayan, perkembangan yang pastinya menjadi suntikan motivasi terbaik buat BN menjelang hari pengundian pada 29 November.

Ditanya mengapa beliau memilih untuk beralih kepada BN pada pilihan raya kali ini, Alun yang merupakan wakil Ketua Anak Negeri Sook menegaskan, keputusan itu bukan bersifat peribadi atau bertujuan menentang Ellron yang sehingga kini masih dianggap rakan baik keluarganya.

Beliau hanya mahu melihat kemajuan di Sook selepas melihat pergerakan Ellron terlalu perlahan biarpun sudah diberi peluang selama empat penggal.


"Saya tidak mahu memburukkan pemimpin-pemimpin sebelum ini tetapi saya melihat ada beza (dibandingkan dengan Arthur). Contohnya, pembangunan yang sangat perlahan, pembinaan kemudahan-kemudahan asas, sehingga kena tunggu 2...3 tahun atau tunggu pilihan raya (seterusnya).

"Keputusan ini bukan soal politik, Datuk Arthur memang bagus. Saya suka dia kerana dia fokuskan kepada pendidikan anak-anak, pembangunan, projek jalan raya. Ini bukan soal parti, ia dilakukandemi kepentingan Sook. Saya orang susah, saya melalui kehidupan yang miskin dan saya mahu masa depan lebih baik buat anak-anak saya," katanya.

Menurut Ellron dia datang daripada keluarga besar dan mempunyai 21 adik-beradik. Sebahagian besar mereka menyertainya dengan memberi sokongan kepada Arthur tetapi sebahagian yang lain masih bersama Ellron.

"Kami tidak bergaduh kerana perbezaan politik. Ia perkara biasa, adik-beradik tidak semestinya satu haluan tetapi sebahagian besar akan membantu Arthur," kata Ellron, yang pernah mengundi untuk mendiang bapa Arthur, Tan Sri Joseph Kurup pada beberapa pilihan raya lalu.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.