“Barisan Kabinet Sabah Lambat, Gagal dan Tak Peduli..” – Datu Ajie

poster sedang viral

Kematian tragis Zara Qairina kembali menjadi tajuk panas, bukan sahaja di media sosial tetapi turut dibahas di pentas politik dan warung kopi seluruh negeri. Isu yang sebelum ini reda seketika kini kembali panas apabila rakyat semakin hilang sabar dengan cara kerajaan negeri mengurus dan memberi reaksi terhadap kes berprofil tinggi itu.


Dalam satu hantaran di Facebook, Datu Ajie Datu Gulam secara terbuka menyuarakan kekecewaannya terhadap barisan kepimpinan negeri dengan satu poster lantang bertulis, “Barisan kabinet Sabah lambat, gagal dan tak peduli..”, satu kenyataan yang jelas menggambarkan rasa muak rakyat terhadap sikap lewa dan reaksi dingin pemimpin negeri terhadap isu kemanusiaan yang menyentuh hati ramai.


Menurut Datu Ajie, apa yang berlaku bukan sekadar soal siasatan atau inkues semata-mata, tetapi cerminan kepada kelemahan sistem pentadbiran negeri yang kelihatan kaku apabila berdepan isu rakyat kecil. “Kalau anak orang kenamaan yang mati, sudah tentu reaksi dan tindakan akan jauh berbeza,” ujarnya dalam satu komen susulan yang menerima ratusan perkongsian.

Rakyat melihat kegagalan ini bukan hanya pada kelewatan tindakan, tetapi juga pada ketiadaan empati. Tiada kenyataan tegas, tiada gerak kerja khas, dan tiada inisiatif nyata dari pihak kerajaan negeri untuk memastikan keadilan ditegakkan. Sementara itu, netizen mula membandingkan kes Zara Qairina dengan beberapa kes lain yang turut ‘tersekat’ dalam sistem penyiasatan yang lembap dan membingungkan.

Kemarahan rakyat semakin ketara apabila ada pihak yang mendakwa kes ini mula dijadikan modal politik sedangkan hakikatnya, keluarga mangsa masih menanggung derita dan menanti jawapan yang pasti. Dalam situasi sebegini, kenyataan Datu Ajie dianggap mewakili suara hati rakyat biasa yang sudah terlalu lama melihat pentadbiran negeri terperangkap dalam zon selesa.

Kini, persoalan besar timbul sampai bila barisan kabinet Sabah mahu berdiam diri? Sampai bila rakyat harus menunggu jawapan terhadap setiap tragedi yang menimpa tanpa tindakan segera dan tuntas?

Jika benar kerajaan negeri mendengar denyut nadi rakyat, maka inilah masanya untuk membuktikan bahawa mereka peduli, bukan sekadar menunggu isu reda sendiri. Seperti kata Datu Ajie, “Rakyat Sabah bukan bodoh. Mereka tahu siapa yang benar-benar bekerja dan siapa yang sekadar berlakon peduli.”

Dari komen di status facebook Datu Ajie:
Rosshah Kudin

La ila ha illallah wa anta ya Jabbar, Ya Allah, Ya Jabbar..Ya Jabbar sekiranya Zara Qairina Dan ibunya teraniaya, Engkau turunkan lah pembalasan segera kepada mereka semua yang terlibat (pembuli, penyalah guna kuasa, pemfitnah, siapa pun yang zalim dan menutup kebenaran) turunkan bala dalam kehidupan mereka , bala yang tak mampu mereka pikul. Selagi kepala mereka berjunjung langitMu, selagi mereka bernafas di duniaMu, selagi kaki mereka memijak di bumiMu.. Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammadin Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad...

Ya Allah ya tuhan ku. Aku bertawasul dengan nabimu Muhammad S.A.W.

Semoga doa ini menembusi Langit... Aamiin Allahumma Aamiin

Semoga Allah tunjukkan segala kebenaran...


Kami tidak toksik, kami tidak menekan, kami bukan orang berkuasa di dunia tapi kami menggunakan KUASA doa, meminta kepada YANG MAHA KUASA. Kuasa Allah meliputi langit dan bumi, dan makhluk tiada kuasa...

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

Lā ḥaula wa lā quwwata illā billāh

Tiada daya dan upaya kecuali dengan kekuatan Allah.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.