Arthur Joseph Dedah Kerajaan Mana Hentikan Projek Pan Borneo




Pendedahan daripada Ahli Parlimen Pensiangan, Arthur Joseph Kurup sepatutnya membuka mata rakyat Sabah tentang kegagalan Kerajaan Warisan ketika mentadbir negeri pada 2018–2020.

Rakaman video tersebut kini mula tular kembali tular dan jelas memperlihatkan bagaimana projek Lebuhraya Pan Borneo dihentikan sepenuhnya sewaktu pentadbiran Warisan, projek strategik yang sepatutnya menjadi tulang belakang mobiliti dan pembangunan ekonomi negeri.

Warisan diberikan mandat untuk memerintah Sabah dengan harapan rakyat negeri ini akan menikmati pembangunan, penyelenggaraan infrastruktur dan projek strategik. Namun realitinya, banyak projek tergendala termasuk projek Pan Borneo yang menjadi bukti jelas bahawa pentadbiran mereka gagal menunaikan tanggungjawab.


Perhatikan betul-betul bahawa dalam video pendedahan itu, Arthur Joseph menyatakan fakta dengan jelas di hadapan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal. Ironinya, Shafie Apdal tidak mampu menafikan dakwaan tersebut, baik semasa sidang parlimen mahupun di luar Dewan Rakyat.

Ini meninggalkan persoalan besar kepada rakyat Sabah, adakah pemimpin Warisan benar-benar serius tentang pembangunan negeri atau sekadar retorik kosong?

Lebih menyedihkan, beberapa pemimpin dan penyokong Warisan kini paling lantang menuding jari soal jalan rosak. Mereka memviralkan isu ini sebagai propaganda sedangkan rekod jelas menunjukkan kegagalan mereka sendiri dalam menjaga infrastruktur termasuk kelewatan projek yang penting ini

Sikap Dato Sri Arthur Joseph Kurup membuktikan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang menunaikan apa yang dijanjikan dan melaksanakan apa yang dirancang serta menyelesaikan masalah demi rakyat Sabah.

Rakyat Sabah amat memerlukan pemimpin yang bertanggungjawab, telus dan serius menyelesaikan masalah rakyat, bukan mereka yang muncul hanya untuk mencari publisiti.

Rakyat harus menilai rekod sebenar Warisan dan parti GRS, peluang mereka sebagai kerajaan negeri disia-siakan tanpa kemajuan ketara. Projek strategik dihentikan tanpa alasan kukuh dan pemimpin tidak berani menjawab pendedahan fakta

Kini masa untuk rakyat Sabah membuat pilihan bijak. Pemimpin yang cakap serupa bikin, yang menunaikan janji dan menyelesaikan masalah rakyat adalah kunci untuk membina negeri yang lebih baik. Jenis pemimpin yang suka bercakap kosong dan propaganda sahaja tidak cukup lagi untuk rakyat Sabah.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.