Arthur jadi jambatan Sook dan Putrajaya

Datuk Mahfuz Omar

Norzie Mohd Khasbi

SOOK: Sektor pertanian yang menjadi sumber pendapatan utama di daerah Sook akan mendapat manfaat besar sekiranya Dato' Sri Arthur Joseph Kurup memenangi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) minggu depan kerana mendapat akses terus dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Arthur, 43, yang bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) di DUN N45 Sook, merupakan timbalan menteri kementerian berkenaan. Beliau telah membawa pelbagai program pertanian di daerah pendalaman Sabah itu sepanjang menjawat jawatan tersebut.


Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mahfuz Omar berkata, Arthur amat prihatin terhadap kehidupan para petani dengan membawa masuk pelbagai projek di Pensiangan, di mana beliau adalah Ahli Parlimen di situ.

"Beliau seorang yang sangat gigih (bekerja) dan telah menghubungkan Pensiangan dengan Putrajaya. Hari ini beliau nak menghubungkan Sook dan Putrajaya.

"Saya lihat pelbagai program dan projek yang telah dilakukan Dato Sri Arthur, lebuh raya untuk ke Kalimantan, ini akan mendekatkan hubungan dua negara dan InsyaAllah akan membuka ruang kepada masyarakat di Sook dan Pensiangan untuk meningkatkan pendapatan

"Saya percaya, selepas ini kita akan dapat lihat padi bukit bukan sahaja menjadi sumber makanan di daerah Sook atau Sabah, malah mempunyai potensi besar sebagai pengeluar makanan negara," katanya ketika menghadiri Program Libat Urus Bersama Peladang, Penternak dan Nelayan Daerah Sook semalam.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu yang melancarkan Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit/Huma (SBRPB) 2025 serta Arthur.

Sektor pertanian kekal sebagai tunjang ekonomi di Sook dengan 69,609 hektar tanah diusahakan untuk pelbagai tanaman termasuk kelapa sawit, getah, padi, kopi, koko dan buah-buahan.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.