![]() |
| Poster viral jadi bahan jenaka di media sosial |
Slogan “Tolak Parti Malaya” yang dilaungkan oleh pemimpin Sabah rupa-rupanya sekadar sandiwara politik.
Di sebalik retorik kononnya mahu mempertahankan maruah negeri di bawah bayu kini terbongkar kisah memalukan apabila kerusi DUN sendiri menjadi bahan dagangan politik antara sesama pemimpin Sabah.
Nama Arsad Bistari kini menjadi sebutan panas apabila dikatakan menjual kerusi DUN Tempasuk kepada Dato’ Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan dengan nilai RM10 juta?
Dakwaan ini, jika benar, bukan sahaja memalukan malah membuktikan bahawa perjuangan kononnya demi autonomi Sabah hanyalah retorik murahan untuk menipu rakyat.
![]() |
| Poster viral jadi bahan jenaka di media sosial |
Apa yang berlaku jelas menunjukkan bahawa Datuk Seri Hajiji Noor kini samada terdesak untuk melepaskan diri kerana skandal ‘video pendedahan Albert Tei atau beliau ‘digamekan’ oleh kelompok dalam’ istana Sabah’ sendiri.
Sumber dalaman menyebut, hubungan kekeluargaan antara Rahman Dahlan dan Tuan Yang Terutama (TYT) menjadi faktor utama kenapa percaturan ini mampu berjalan dengan lancar tanpa banyak tentangan.
Politik Sabah kini berada di ambang kejatuhan moral. Rakyat menyaksikan bagaimana slogan “Sabah for Sabahan” yang pernah menjadi kebanggaan kini tenggelam di bawah permainan licik politik wang dan perjanjian sulit.
Jika benar kerusi DUN boleh dijual beli seolah-olah saham politik, maka tidak hairanlah kenapa suara rakyat semakin hilang makna di mata elit kuasa. Apa yang tersisa hanyalah negeri yang kaya sumber tetapi miskin maruah politik.
Rakyat Sabah berhak bertanya siapa sebenarnya yang memperjuangkan Sabah dan siapa yang memperdagangkannya kerana dari apa yang sedang berlaku, jelas bukan lagi soal “tolak parti Malaya”, tetapi tolak pengkhianat Sabah itu sendiri.
video AI jadi bahan lawak viral di media sosial


Comments
Post a Comment