Anifah Aman: Calon GRS Yang ‘Super Kaya, Sombong, Bongkak’

sedang tular di sosmed

Nama Anifah Aman, adik kepada TYT Musa Aman bukan asing dalam politik Sabah. Namun di sebalik imej bangsawan dan pengalamannya, ada satu gelaran yang tidak pernah lekang daripada bibir rakyat: “SUPER KAYA.”

Bukan kaya biasa. Kaya tahap “kalau jatuh duit, tidak perlu tunduk ambil balik.”

Soalannya dari mana datangnya kekayaan luar biasa itu dan siapa sebenarnya yang mendapat manfaat paling besar?


Rakyat Sabah tidak melabel seseorang itu “super kaya” tanpa sebab. Keluarga Aman sering dikaitkan dengan pelbagai aset mewah dan pegangan besar yang tidak dimiliki pemimpin politik biasa, antaranya:

  • Hotel bertaraf antarabangsa seperti Le Méridien
  • Resort eksklusif di Pulau Gaya
  • Ladang sawit yang dikatakan “super luas” di Sugut, didaftarkan atas nama anak beliau
  • Pegangan hartanah bernilai tinggi di sekitar Kota Kinabalu

Sumber dalaman pula mendakwa bahawa hampir satu pertiga hartanah premium di Kota Kinabalu dimiliki melalui rangkaian proksi, kroni dan syarikat pegangan.

Ini menimbulkan persoalan, jika kekayaan peribadi begitu luar biasa, masih relevankah untuk menjadi wakil rakyat kepada komuniti yang masih bergelut dengan harga barang dan kos sara hidup?

Kini, Anifah menawarkan diri sebagai calon GRS di DUN Bongawan. Rakyat tidak menolak pemimpin kaya tetapi rakyat berhak menolak pemimpin yang kaya kerana kuasa, bukan menggunakan kuasa untuk membantu yang susah.

Rakyat Sabah Kena Fikir Serius: Masih Mau Pemimpin Kategori “Rasuah Kita, Kita Jaga?”

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.