'Albert Tei Affair’: Bagaimana Presiden dan Timbalan Presiden STAR Selamatkan Diri


Dalam landskap politik Sabah yang semakin hangat, muncul satu naratif baharu yang menggugat kredibiliti Parti Solidariti Tanah Airku (STAR). 

Skandal ‘Albert Tei Affair’ bukan sahaja menyeret nama individu berpengaruh dalam parti STAR tetapi turut memperlihatkan bagaimana dua pemimpin tertingginya Presiden dan Timbalan Presiden dikatakan berusaha menyelamatkan diri masing-masing melalui 'manuver' politik yang licik.

Menurut penganalisis politik tempatan, dalam politik Malaysia, pusat kuasa sering menjadi pelindung kepada mereka yang berdepan dengan tekanan, siasatan atau ancaman reputasi dan dalam konteks semasa, pusat kuasa itu tidak lain tidak bukan ialah Perdana Menteri yang memiliki pengaruh besar terhadap hala tuju politik dan pentadbiran negara.

Kisah bagaimana cara kedua mereka ‘menyelamatkan’ diri dari ‘Skandal Albert Tei Affair’ amat menarik. 

Seorang ‘lari’ tinggalkan STAR dan berpaut pada GRS dengan berpanda ngan bahawa GRS mempunyai talian hayat melalui PMX dalam kerjasama politik di PRU DUN Sabah dan seorang lagi melawan arus dengan meninggalkan GRS.

Terkini, ahli perniagaan Albert Tei memuat naik satu video yang mengaitkan Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Robert Tawik, dengan skandal lesen perlombongan di negeri tersebut.

Tindakan Tawik meninggalkan STAR dikatakan berkait dengan pendedahan video yang dimuat naik di halaman facebook Pejuang Tun Dr Mahathir dan didakwa menunjukkan perbualan antara Tei dengan Tawik di pejabat ahli politik terbabit.


Dalam perbualan itu, kedua-duanya berbincang mengenai sejumlah wang yang didakwa telah diserahkan oleh Tei kepada Robert Tawik.

“Aku sudah bagi Datuk (Tawik) RM300,000, belum kira tajaan lagi,” kata Tei dalam rakaman itu sebelum dia menyemak WhatsApp dan menyebut empat transaksi antara 2 Feb dan 12 Mei 2023.

Langkah Tawak meninggalkan STAR ini dipercayai bukan sekadar strategi politik tetapi juga usaha mendapatkan perlindungan politik dan pengaruh langsung daripada PMX.

Dalam politik realiti, berpihak kepada kuasa utama sering dianggap sebagai “payung keselamatan” untuk mengelak tindakan lanjut atau tekanan dari mana-mana pihak.

Manakala, Presiden STAR, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang turut dikaitkan dengan skandal sama, memilih pendekatan berbeza melawan arus dan menunjukkan ketahanan politiknya. Bagi Jeffrey, cara terbaik untuk “membersihkan” imej ialah dengan menonjolkan diri sebagai tokoh yang masih berpengaruh dan bukan yang jenis tunduk.

Beliau dilihat berusaha mempertahankan kedudukannya dengan cara mencabar arus politik dalam GRS seolah ingin membuktikan bahawa beliau tidak gentar dan masih relevan dalam gelanggang kuasa Sabah.

Namun begitu, langkah-langkah ini dilihat oleh pemerhati politik sebagai strategi survival dan bukannya perjuangan ideologi. Penganalisis turut berpendapat bahawa apa yang berlaku menggambarkan realiti politik semasa apabila skandal peribadi mengancam karier, kesetiaan terhadap parti dan prinsip mudah berubah demi kelangsungan diri.

“Albert Tei Affair” kini menjadi simbol kepada politik perlindungan di mana kuasa dan pengaruh digunakan sebagai perisai. 

Sama ada dengan berpaut pada PMX atau melawan arus untuk menegakkan diri, kedua-dua langkah itu berkongsi tujuan yang sama menyelamatkan maruah dan kedudukan daripada tenggelam dalam lumpur skandal rasuah paling besar di Sabah.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.