Ahli PKR Sabah Tidak Akan Undi Calon BN


Kegelisahan politik di Sabah kembali panas apabila maklumat daripada jentera lapangan mendakwa ahli PKR dan penyokong Pakatan Harapan (PH) tidak akan mengundi calon Barisan Nasional (BN) di kerusi yang menyaksikan pertembungan BN dengan GRS. Situasi ini menimbulkan persoalan besar, ‘ernikahan’ apakah antara Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan GRS di Sabah?

Menurut sumber yang rapat dengan pengurusan jentera, arahan dalaman telah dikeluarkan kepada ahli PKR supaya tidak menghadiri program atau majlis anjuran calon BN, mengelak daripada terlibat dalam pengagihan bantuan seperti bakul makanan termasuk jangan terima apa-apa bantuan dari pihak BN.

Maklumat ini sekaligus memperlihatkan betapa rentannya kerjasama di atas kertas antara PH dan BN selepas pembahagian kerusi yang tidak memuaskan banyak pihak.

Di peringkat kepimpinan, Datuk Seri Hajiji Noor dikatakan menempelak Perdana Menteri dengan memberi mesej tegas bahawa GRS tidak akan tunduk kepada tekanan PH dalam menentukan laluan selamat untuk calon BN.

Difahamkan, beliau menegaskan bahawa GRS hanya akan mempertahankan calon sendiri dan calon yang dipersetujui dalam jajaran GRS–PH dan selebihnya, BN perlu “berjuang sendiri”.

Arahan tidak rasmi kepada jentera GRS dan PKR juga dikatakan sangat jelas supaya jangan berikan undi kepada calon BN di mana-mana DUN yang bukan ditandingi oleh GRS–PH.

Kesimpulannya, Anwar gagal untuk wujudkan “kerajaan perpaduan” di Sabah, apa yang berlaku di sini menunjukkan realiti yang jauh lebih kompleks. Strategi Hajiji kelihatan cukup terang iaitu menguburkan pengaruh UMNO–BN di Sabah, sekali gus memastikan GRS kekal sebagai kuasa tunggal yang dominan di negeri itu.

Dalam suasana politik yang semakin panas menjelang pilihan raya, perkembangan ini mungkin menjadi penentu arah baru landskap politik Sabah dan akan menentukan sama ada Anwar berjaya menjadikan Sabah sebagai negeri yang mampu mengikut telunjuk Putrajaya.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.