20 tahun sengsara tunggu air bersih




Alia Amira Mitus

Rohana Man

SOOK : Jika anak muda di pekan Sook mahu kedai kopi hipster berkonsepkan kedai kopi moden yang menjadi salah satu gaya hidup golongan muda dibuka di pekan mereka, berbeza pula dengan anak muda di pedalaman daerah ini.

Bagi anak muda yang menetap di kampung-kampung pedalaman Sook, apa yang paling mereka mahu segera adalah bekalan air yang bersih.

Alia Amira Mitus, 20, dari Kampung Seri Menanti berkata, beliau berharap calon yang dipilih dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) akan segera menyelesaikan masalah bekalan air bersih di kampungnya.


Menurut Alia, kampungnya sudah ada paip yang menyalurkan air bersih ke rumah penduduk tetapi bekalan air kerap terputus.

Katanya, bekalan air terputus selama seminggu di kampungnya adalah perkara biasa.

"Biasanya, kampung kami tidak ada air selama seminggu.

"Apabila bekalan air terputus, kami akan guna air tangki.

"Tetapi apabila air tangki habis digunakan, kami terpaksa mengambil dan mengangkut air dari kolam atau sungai berdekatan," katanya kepada penulis.

Menurutnya, bekalan air terputus kerana air dicatu untuk keperluan penduduk di kampung lain.

“Ketika air dibekalkan ke kampung lain, maka kampung kami akan terputus bekalan air bersih,” ujarnya.

Masalah air yang berterusan menghantui penduduk itu adalah bukti kegagalan wakil rakyat terdahulu, Datuk Ellron Angin.

Walaupun beliau menjadi ADUN selama empat penggal (20 tahun), beliau gagal membantu penduduk menyelesaikan masalah air bersih.

Justeru, Alia mengajak anak muda Sook memilih calon No 4, DUN N.45 Sook yang telah terbukti buat kerja dan hasilnya boleh dilihat iaitu Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup.

“Ini kali pertama saya mengundi. Saya mahu guna peluang ini untuk memilih calon yang telah terbukti membawa pembangunan di daerah Sook," tambahnya.

Siti Milah Marusin

Sementara itu, penduduk Kampung Kebulu, Siti Milah Marusin, 59, berkata, bekalan air di kampungnya akan keruh jika hujan lebat dan mengambil masa tiga hari untuk kembali jernih.

“Selain keruh pada hari hujan, bekalan air di kampung kami juga kerap terputus.

"Biasanya, bekalan air terputus selama tiga atau empat hari.

“Sepanjang tempoh itu, kami terpaksa berjimat menggunakan air tangki dan tadahan air hujan,” katanya.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.