Walaupun Lima ADUN Lompat, STAR Yakin Tawan Semua Kerusi PH, GRS



Walaupun lima ADUN membuat pengumuman mengejutkan tinggalkan STAR, Jeffrey Kitingan mengumumkan bahawa Parti STAR akan bertanding di semua kerusi yang ditandingi Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam PRN Sabah kali ini. Keyakinan Jeffrey ialah STAR mampu “sapu bersih” dengan slogan lama mereka, ‘Sabah for Sabahan’.

Lima ADUN tersebut adalah Timbalan Presiden STAR sendiri, Ellron Angin (Sook) dan Robert Tawik (Bingkor), serta Abidin Madingkir (Paginatan), Annuar Ayub (Liawan), Flovia Ng (Tulid).

Namun di sebalik keyakinan itu, isu besar yang menghantui Jeffrey masih tidak dijawab. Video pendedahan oleh Albert Tei yang mengaitkan pegawai kanan beliau dengan skandal rasuah projek lombong mineral Sabah masih tergantung tanpa penjelasan. Lebih memalukan, tangkap layar perbualan “minta duit” antara Jeffrey dan Albert Tei juga tidak pernah dinafikan secara jelas, seolah-olah Jeffrey cuba berdiam diri demi menyelamatkan diri.

Sebaliknya, Jeffrey cuba mengalihkan perhatian dengan menuduh ramai YB GRS khususnya dari kem Hajiji terpalit dalam skandal rasuah sama. Tetapi rakyat tertanya-tanya, jika benar Jeffrey “bersih”, mengapa beliau sendiri gagal tampil mempertahankan diri?

Adakah STAR benar-benar bersedia menentang PH dan GRS, atau sekadar mahu menutup bau busuk skandal yang semakin menghimpit presidennya?


Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.