Ketika seluruh dunia sedang berjuang melawan pandemik Covid-19 yang meragut jutaan nyawa, termasuk ratusan di Sabah, bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mencetuskan kontroversi dengan kenyataannya yang dianggap tidak sensitif dan menghina penderitaan rakyat sendiri.
“Tapi daripada kita menyerahkan kuasa kepada mereka secara itu, tidak apa bagi kita, saya sanggup mati,” -Shafie Apdal.
Video kenangan hitam kini tular semula, Shafie dilihat membuat kenyataan bersifat “lawak” dengan mengatakan beliau “berani mati ketika Covid-19”, kononnya mahu menunjukkan keberaniannya turun padang ketika wabak sedang menular. Namun bagi ramai keluarga yang kehilangan orang tersayang di Semporna, antara daerah paling parah dilanda Covid-19. Video itu satu peringatan bahawa pemimpin yang ‘bermain dengan kematian’ tidak sepatutnya diberi kuasa memimpin negeri.
Ingat lagi?
Ketika gelombang jangkitan melanda Sabah pada 2020, Semporna mencatatkan antara kadar kematian tertinggi di negeri itu. Ramai penduduk kampung terpaksa menguruskan jenazah tanpa upacara sempurna, sementara hospital daerah tidak mampu menampung pesakit. Di tengah keperitan itu, Shafie ketika itu masih berkempen dan mengadakan ceramah besar-besaran, tanpa mengambil kira risiko kesihatan awam.
Apa yang lebih mengejutkan, tindakan Shafie kemudian digambarkan seolah-olah satu bentuk keberanian luar biasa, “berani mati demi rakyat.” Padahal, keputusan terburu-burunya mengadakan Pilihan Raya Negeri Sabah pada tahun tersebut menjadi punca utama gelombang besar Covid-19 di seluruh Malaysia.
Ramai berpendapat kenyataan “berani mati” itu bukan sekadar tidak sensitif, tetapi juga memperlihatkan sikap angkuh dan gagal empati terhadap penderitaan rakyat bawahan. Bagi keluarga mangsa di Semporna, keberanian sebenar bukanlah turun berkempen ketika wabak, tetapi menanggung kesedihan kerana kehilangan ahli keluarga akibat kelalaian pemimpin.
Lebih ironik, Shafie yang sering melaungkan slogan “Sabah for Sabahan” pada waktu itu dilihat gagal melindungi rakyat Sabah daripada ancaman pandemik. Tiada perancangan kecemasan jelas, bantuan kesihatan terhad, dan banyak keluarga terpaksa menunggu bantuan asas seperti makanan dan ubat-ubatan selama berhari-hari.
Kini, apabila beliau cuba mengangkat naratif dirinya sebagai pemimpin “berjiwa rakyat” dengan slogan “Sabah untuk Sabahan”, rakyat Sabah terutama Semporna terkenang lawak bodoh beliau.
Rakyat Semporna tidak lupa ketika mereka berjuang untuk hidup, pemimpin mereka berlawak tentang mati.
Itu bukan keberanian, itu kebodohan.

Comments
Post a Comment