![]() |
| poster viral dari platform internet |
Nampaknya Ariffin Aris belum serik walaupun namanya kini menjadi bualan hangat seluruh Sabah. Video pendedahan skandal rasuah bersama tauke lombong terkenal, Albert Tei, jelas memperlihatkan wajah sebenar seorang pemimpin yang kononnya mahu “berkhidmat kepada rakyat” tetapi rupa-rupanya sibuk mengaut kekayaan di belakang tabir.
Hakikatnya, pembangunan tidak seiring dengan kemewahan gaya hidupnya. Ketika rakyat masih bergelut dengan infrastruktur daif dan peluang pekerjaan terhad, Ariffin dan kelompoknya hidup mewah hasil jawatannya itu yang dijadikan modal niaga.
Pelik, selepas segala pendedahan itu, Ariffin masih tanpa rasa malu cuba menonjol diri kononnya mahu terus berkhidmat. Apakah ini wajah sebenar politikus lama yang sudah hilang rasa malu dan tanggungjawab moral?
Anak muda Membakut pun katanya sedang mentertawakan Arifin dengan tularnya video di bawah:
Anak muda Membakut pun katanya sedang mentertawakan Arifin dengan tularnya video di bawah:
Rakyat Membakut kini sudah celik. Mereka tidak mahu lagi pemimpin yang hanya pandai berjanji tetapi menipu di sebalik tabir. Suara rakyat sudah jelas cukup sudah lima penggal, cukup sudah sandiwara!
Jika benar Ariffin masih ingin berjuang, biarlah berjuang membersihkan nama sendiri di muka pengadilan dan bukan bersembunyi di sebalik slogan “berkhidmat untuk rakyat”.
Sabah perlukan pemimpin bersih, bukan yang licik.
Membakut perlukan perubahan dan bukan kesinambungan rasuah.

Comments
Post a Comment