Skandal Rasuah: Hajiji Minta PRN Sabah Ditangguh


Menurut sumber dalaman, pertemuan pagi tadi antara Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dengan Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah dikatakan berkaitan permintaan rasmi Hajiji agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 ditangguhkan.

Langkah itu dikatakan berpunca daripada pendedahan mengejut melibatkan skandal rasuah beberapa pemimpin utama GRS, khususnya yang dikaitkan dengan Projek Lombong Mineral Sabah.

Bukan sahaja video pendedahan daripada ahli perniagaan Albert Tei yang membangkitkan kebimbangan, malah nama ADUN Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya, turut disebut dalam beberapa laporan siasatan. Sumber memberitahu, lima kertas siasatan berkaitan Jasnih kini dibuka oleh SPRM, menandakan isu ini jauh lebih besar daripada yang disangka.

Pemerhati politik melihat langkah Hajiji ini sebagai usaha menyelamatkan reputasi GRS sebelum PRN berlangsung namun ramai berpendapat, kerosakan sudah pun berlaku dan kepercayaan rakyat sukar dipulihkan.



Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.