Siapa Bocorkan Foto Menantu Muhyiddin Mewah Di Luar Negara?


Siapa yang bocorkan foto-foto Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, menantu kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang kini hidup mewah di Asia Barat?

Itu persoalan yang kini berlegar dalam kalangan orang politik dan pemerhati PPBM apabila akhbar tempatan mula menyiarkan berita berhubung menantu kepada Muhyiddin ini.

Menurut laporan akhbar online, beberapa gambar Adlan yang didakwa kini menetap di negara Asia Barat telah dikongsi kepada media memperlihatkan beliau bergaya bersama tokoh-tokoh kenamaan rantau berkenaan.

Adlan yang sebelum ini dikehendaki SPRM bagi siasatan kes pecah amanah dan pengubahan wang haram, dilaporkan melarikan diri sejak lebih dua tahun lalu.

Namun, persoalan yang lebih panas kini siapa yang bocorkan gambar itu?

Beberapa sumber dalaman politik mendakwa, maklumat itu mungkin datang dari dalam PPBM sendiri, bahkan ada yang berani menyebut nama Wan Saiful Wan Jan, bekas Ketua Penerangan parti yang kini kerap “menyerang” kepimpinan Muhyiddin secara terbuka. Benarkah?

“Kalau tengok masa dan gaya bocoran ni, ia nampak macam kerja orang dalam. Hanya mereka yang rapat dengan lingkaran kepimpinan tahu keberadaan Adlan,” dakwa satu sumber kepada Malaysia Hot.

Namun setakat ini tiada bukti kukuh mengaitkan Wan Saiful secara langsung dan beliau sendiri belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

Sumber lain pula tidak menolak kemungkinan bahawa pihak penyiasat SPRM sendiri sudah lama menjejak Adlan dan foto-foto tersebut adalah “leak” daripada siasatan yang kemudian sampai ke tangan media?

Menariknya, Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal berdiam diri. Tiada komen, tiada penafian.
Tindakan berdiam diri ini menimbulkan pelbagai tafsiran, ada yang menyifatkan ia tanda tekanan politik yang semakin berat, manakala ada pula yang melihat ia sebagai langkah “damage control” agar isu tidak berlarutan.

Apa pun, pendedahan terbaru ini datang pada saat PPBM sedang parah dengan krisis dalaman, pemecatan pimpinan kanan, dan kes mahkamah yang terus menghantui kepimpinan parti.

Bagi pemerhati politik, “siapa bocorkan” mungkin tidak sepenting “kenapa sekarang” kerana masa pendedahan ini tampak terlalu sempurna untuk satu lagi gelombang tekanan terhadap Muhyiddin dan orang-orangnya.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.