![]() |
| sumber: netizen |
Dalam gelanggang politik Sabah yang sarat dengan slogan dan simbolisme, satu kenyataan lantang daripada Armizan Mohd Ali kini menggoncang kembali naratif lama yang dicipta oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
“Memalukan! Shafie sendiri tidak faham MA63,” tegas Armizan satu kenyataan yang bukan sekadar kritikan peribadi tetapi tamparan terus ke wajah retorik “Sabah for Sabahan” yang selama ini dijadikan peluru politik Warisan.
Shafie sering menampilkan dirinya sebagai “wira Sabah”, kononnya memperjuangkan hak negeri melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Namun di sebalik slogan berapi itu, Armizan menegaskan bahawa tiada sebarang kemajuan konkrit berlaku semasa Shafie menjadi Ketua Menteri.
“Beliau bercakap soal hak Sabah, tetapi tidak memahami struktur dan proses sebenar MA63. Ketika memegang kuasa, beliau tidak membawa hasil. Bila sudah hilang kuasa, barulah bercakap lantang seolah-olah beliau pejuang sebenar,” sindir Armizan.
Konsep ‘Sabah for Sabahan’ kini semakin dipersoalkan. Menurut Armizan, slogan itu tidak lebih daripada retorik politik tanpa asas pentadbiran, kerana Shafie sendiri tunduk kepada keputusan Putrajaya semasa mentadbir.
“Kalau benar mahu memperjuangkan autonomi, kenapa ketika berkuasa, beliau tetap bergantung kepada kerajaan pusat? Sabah for Sabahan hanya kuat di pentas ceramah, tapi kosong di meja rundingan,” ujar Armizan.
Realitinya, kerajaan negeri di bawah Shafie tidak pernah memuktamadkan sebarang fasal penting dalam MA63, termasuk isu pemberian khas, kuasa sumber asli, dan pembahagian hasil cukai petroleum.
Berbeza dengan pendekatan Shafie yang bersifat populis, Armizan memuji Hajiji yang dilihat lebih berstrategi dan berpaksikan fakta.
Beliau menegaskan bahawa perjuangan MA63 mesti berteraskan data, bukan dakyah politik.
“MA63 bukan milik parti, bukan alat kempen. Ia milik rakyat Sabah dan Sarawak. Kalau pemimpin tidak faham dokumen itu, bagaimana mahu mempertahankan hak negeri?” tegas Armizan.
Pemerhati politik melihat Armizan sebagai wajah baharu politik Sabah yang mahu menamatkan budaya populisme tanpa hasil. Di bawah pentadbiran kini, penyelarasan semula hak negeri dilakukan secara terancang termasuk rundingan tentang hasil minyak, pendidikan, dan pentadbiran persekutuan.
“Selama ini kita terperangkap dalam retorik sentimental. Hajiji sedang ubah arah kepada penyelesaian berasaskan fakta,” kata Armizan.
Bagi ramai pengundi Sabah, kenyataan Armizan membuka mata bahawa ‘pejuang sebenar’ bukan yang paling kuat berslogan, tetapi yang paling faham undang-undang dan tahu melaksanakan hak negeri dengan berkesan.
MA63 bukan lagi isu untuk menimbulkan sentimen. Ia kini menjadi ukuran sebenar siapa yang mampu bekerja, dan siapa yang sekadar berdrama.
Hajiji berjaya membina naratif baharu bahawa Sabah memerlukan pemimpin yang faham dokumen, bukan pemidato yang pandai bermain emosi. Dalam gelanggang ini, Shafie kelihatan masih mencari pentas untuk menjelaskan kegagalan silamnya, manakala Hajiji terus melangkah dengan hujah, data dan keberanian politik yang segar tegas Armizan lagi.
Pengalisis politik tempatan pula berpandangan bahawa hanya BN yang serius tentang MA63.

Comments
Post a Comment