"Saya Salah Seorang Yang Jatuh Di Jeti Bersama Shafie Apdal"


Pengakuan orang kuat Shafie Apdal: “Kami Yang Bina, Tapi Kami Juga Yang Ditinggalkan”

Seorang bekas orang kuat Datuk Seri Shafie Apdal tampil membuat pendedahan tentang perangai Shafie Apdal yang sebenarnya.

Beliau mendakwa bahawa perjuangan asal membina Parti Warisan telah dikhianati oleh tangan yang sama pernah mereka julang.

Beliau bukan calang-calang individu. Anak jati Semporna yang berasal dari Kampung Tunggulangan, yang sehingga kini hampir 40 tahun masih tidak menikmati bekalan air bersih.


Individu ini pernah menjadi sebagai pensyarah cemerlang, pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Semporna, serta penolong pegawai di PPD Keningau. Beliau antara insan awal yang berdiri di belakang Shafie Apdal ketika Warisan hanya sebuah idea kononnya perjuangan anak negeri. Malah akhirnya beliau di pindah jauh ke pedalaman kerana kuat menyerang kerajaan ketika itu.

Namun segalanya berubah apabila Shafie menaiki takhta sebagai Ketua Menteri Sabah.

“Apabila beliau sudah berada di atas, kami yang dulu bersusah payah bersamanya terus dilupakan,” ujarnya kecewa.

Menurutnya lagi, sebaik Shafie berkuasa, jawatan penting negeri mula diisi oleh kaum keluarga dan suku sakatnya sendiri. Mereka yang berjasa, yang setia sejak awal, diketepikan seperti daun kering yang tiada nilai.




Pengakuan ini sekali gus membongkar wajah sebenar kepimpinan Shafie Apdal yang sebenarnya tidak lebih dari mengamalkan politik keluarga melebihi perjuangan rakyat. Ironinya, kampung asal beliau sendiri masih haus dan dahaga air bersih walau sudah empat dekad menunggu.

Sudah tiba masanya rakyat Semporna menilai semula siapa yang benar-benar berjuang untuk mereka dan siapa yang hanya menjadikan kuasa sebagai tiket untuk memperkaya kroni.

Warisan bukan parti rakyat, ia sebenarnya parti warisan keluarga.

Dengar pengakuan beliau.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.