Saya Bukan Pemandu Lori Sampah - Shafie Afdal


Ketika dunia luar bercakap tentang keindahan pulau dan laut di Sabah, pelancong luar negara pula menularkan video yang mendedahkan wajah sebenar Semporna, bandar terkotor di Asia. Bukan portal tempatan yang mendedahkan, tapi "Backpacker Ben", seorang pengembara asing yang mungkin menyangka datang ke syurga laut, namun berakhir di “neraka sampah”. Klik VIDEO Ben di SINI.

Video itu memaparkan tumpukan sampah di setiap penjuru, seolah-olah tiada kerajaan tempatan, apatah lagi wakil rakyat yang peduli.

Dan siapa wakil rakyatnya? Tiada lain selain Presiden Parti Warisan sendiri, Datuk Seri Shafie Apdal yang memegang kawasan itu selama hampir 30 tahun.

Apabila ditegur, Shafie membalas dengan nada sinis:

“Saya bukan pemandu lori sampah.”

Kenyataan itu bukan sahaja memperlihatkan ego, tetapi juga ketidakbertanggungjawaban seorang pemimpin kerana tugas seorang wakil rakyat bukanlah memandu lori, tetapi memastikan lori itu bergerak.

Rakyat Sabah tidak menunggu lama untuk menyindir,

“Kalau kawasan sendiri pun tak bersih, macam mana mahu bersihkan Sabah?”

Soalan yang sepatutnya dijawab dengan tindakan dan bukan dengan sindiran balas.

Realitinya, Semporna kini menjadi simbol kegagalan kepimpinan Warisan. Bagaimana mahu bercakap tentang pentadbiran negeri, pelaburan dan kemajuan, sedangkan halaman sendiri pun tidak mampu diurus?

Rakyat Sabah layak mendapat pemimpin yang turun ke lapangan, bukan sekadar pandai berdrama di pentas politik sambil membiarkan bandar mereka tenggelam dalam longgokan sampah dan alasan.

Akhirnya, persoalan terbesar muncul jika Semporna cerminan kepimpinan Shafie, adakah kita mahu Sabah kelihatan seperti itu juga?

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.