Drama politik Sabah makin lucu. Sah! Hajiji Noor sanggup tunduk kepada Anwar Ibrahim dengan bersetuju bahawa YB Ruji Ubi dari Pakatan Harapan (PH) akan menjadi calon Ketua Menteri Sabah sekiranya gabungan GRS–PH menang PRN ke-17.
Ruji Ubi bukan orang sembarangan, beliau adalah ‘tangan kanan’ Anwar di Sabah. Dengan kata lain, Hajiji rela jadi “pak turut” Anwar asalkan kerusi empuk Ketua Menteri kekal dalam genggaman gabungannya.
Keputusan ini rupanya menjadi bom jangka. Jeffry Kitingan bersama SAPP pimpinan Yong Teck Lee segera angkat kaki keluar daripada GRS. Mereka kini membawa haluan sendiri, dengan keyakinan mampu menumbangkan kem Hajiji.
Maka lahirlah dua kem besar, kem Hajiji, yang sanggup jadi alat Anwar demi survival politik dan kem Jeffry, yang terang-terangan mahu jadi Ketua Menteri untuk diri sendiri.
Pungutan suara dalam talian pula menunjukkan Jeffry lebih mendahului Hajiji. Sebabnya jelas, rakyat sudah muak dengan Hajiji yang dilihat “jual Sabah kepada Anwar”.
Lucunya, walau berkelahi sesama sendiri, kedua-dua kem ini datang dari lubuk yang sama, politik penuh rasuah, janji palsu, dan pengkhianatan.
Akhirnya, rakyat Sabah hanya mampu tersenyum sinis melihat sandiwara ini. Siapa pun yang menang, yang kalah tetap rakyat.

Comments
Post a Comment