Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 bukan sekadar memilih parti atau pemimpin ia tentang menentukan masa depan keluarga sendiri. Kuasa sebenar bukan di tangan tokoh politik, tetapi di tangan rakyat Sabah. Silap pilih, lima tahun lagi rakyat akan menanggung akibatnya.
Jangan biar “gula-gula politik” menutup mata. Nilai upah undi RM1500 tidak akan mampu menjaga keluarga anda selama sepenggal pemerintahan. Rakyat Sabah perlu menilai berdasarkan rekod prestasi kerajaan, bukan berdasarkan janji manis atau propaganda kosong.
Rakyat Sabah, mari kita imbas siapa yang membina, siapa yang merosak, dan siapa yang menyapu hasilnya?
WARISAN: Slogan Lebih Besar Dari Hasil
Ketika Warisan mengambil alih selepas kejatuhan BN, harapan rakyat Sabah melambung tinggi. Namun realitinya, janji dan pencapaian tidak seiring.
1. Ekonomi merosot teruk
Sebelum pandemik COVID-19 pun, ekonomi Sabah di bawah Warisan hanya tumbuh sekitar 1.5% (2018) dan merosot ke 0.7% (2019). Warisan meninggalkan legasi ekonomi yang rapuh, bukan kukuh.
2. Janji tinggal janji
Tuntutan 40% hasil negeri tidak pernah selesai. Slogan “Selamatkan Sabah” hanyalah retorik politik yang tidak diterjemah menjadi dasar konkrit.
3. Pelantikan tidak inklusif
Jawatan tinggi negeri dikatakan berat sebelah berpihak kepada satu komuniti. Elemen kepelbagaian Sabah seolah diketepikan. Suluk diutamakan?
4. Imej dan kepercayaan runtuh
Kelemahan ketelusan dan kegagalan menunaikan janji menjejaskan kepercayaan rakyat. Warisan dilihat lebih sibuk dengan politik dalaman berbanding pembangunan rakyat.
5. Pentadbiran lemah dan tidak cekap
Banyak projek luar bandar tergendala. Isu tuntutan Sulu pula menjadi luka terbuka akibat kesilapan semasa era Warisan termasuk kontroversi surat peguam negara (Tommy Thomas) yang dikaitkan dengan tuntutan RM63 bilion.

6. Kerajaan tidak stabil
Ahli politik Warisan sendiri sering melompat parti, menunjukkan krisis kesetiaan dan kestabilan yang kronik.
GRS: Janji Besar, Prestasi Tidak Menentu dan melekat dengan label "Geng Rasuah Sabah"
GRS pula cuba tampil sebagai “penyelamat baru”. Namun selepas beberapa tahun mentadbir, hasilnya tidak banyak beza, masih perlahan dan bercelaru.
1. Pembangunan asas tertinggal
Banyak kawasan luar bandar masih tiada jalan raya sempurna, bekalan air dan elektrik yang stabil walaupun GRS menjanjikan perubahan menyeluruh.
2. Konflik dalaman dan politik gabungan
GRS gagal menyatukan parti komponennya. Konflik kepentingan dan isu “cinta tiga segi” dengan PH dan parti nasional terus menghantui.
3. Pentadbiran cuai dan rasuah
Mesyuarat penting tuntutan 40% hasil negeri terganggu akibat kelemahan birokrasi. Skandal video rasuah yang bocor pula menjejaskan kredibiliti pimpinan.
4. Pertumbuhan ekonomi tidak menyeluruh
Sektor pelancongan, perikanan dan pertanian masih belum menunjukkan impak besar. MoU bernilai bilion ringgit yang diumumkan banyak tinggal di atas kertas.
5. Liabiliti politik dan kehilangan sokongan
Rakan sekutu sendiri sudah mula hilang kepercayaan. GRS kini dilihat lebih sebagai liabiliti daripada kekuatan.
6. Ketelusan dipersoal
Projek mega tanpa audit jelas menimbulkan persepsi “projek politik”. Kes cuai dalam penghantaran surat rasmi tuntutan hasil negeri menjadi simbol kelemahan tadbir urus.
BN: Legasi Pembangunan Yang Nyata
Berbanding dua kerajaan sebelumnya, Barisan Nasional (BN) meninggalkan rekod pembangunan yang kukuh dan terbukti. Tidak sempurna, tetapi jelas berasaskan kerja dan hasil bukan retorik.
1. Pembangunan menyeluruh dan berstruktur
BN membina asas infrastruktur moden: jalan raya, sekolah, hospital, air dan elektrik di kawasan pedalaman.
2. Projek besar seperti Pan Borneo Highway, POIC Lahad Datu, SAMUR dan SOGIP Sipitang membuktikan BN meletakkan Sabah sebagai pusat industri berat dan eksport serantau.
3. Kemudahan awam yang meningkat
Sistem bekalan air, kesihatan dan bantuan kepada kampung serta sekolah luar bandar meningkat secara nyata sepanjang era BN.
Sistem bekalan air, kesihatan dan bantuan kepada kampung serta sekolah luar bandar meningkat secara nyata sepanjang era BN.
4. Hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan
BN mengekalkan kestabilan politik dan hubungan erat dengan Putrajaya, membolehkan Sabah menikmati aliran dana pembangunan yang lancar.
Pengalaman mentadbir dan jaringan nasional menjadikan BN lebih cekap menarik pelaburan serta menjamin kesinambungan projek besar.
Sabah Perlu Bangkit Dengan Pilihan Yang Betul
Rakyat Sabah kini ada peluang memperbetulkan semula hala tuju negeri. Jangan lagi diperdaya oleh slogan, poster cantik, atau janji manis menjelang pilihan raya. Sabah bukan medan eksperimen politik ia tanah tumpah darah yang perlu dibina dengan kestabilan, integriti dan rekod kerja sebenar.
Sabah mesti kembali kepada asas iaitu siapa yang membina, bukan siapa yang pandai berkata-kata.

Comments
Post a Comment