“Sabah for Sabahan”: Shafie Tipu Rakyat Sabah

poster dari netizen

Slogan “Sabah for Sabahan” yang dilaungkan oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kini semakin jelas tidak lebih sekadar retorik politik. Di sebalik kata-kata manis memperjuangkan autonomi negeri, tindakan beliau menerima pemberian khas RM53.4 juta daripada kerajaan persekutuan pada tahun 2019 mendedahkan realiti sebenar bahawa Shafie akhirnya tunduk juga kepada Putrajaya.

Shafie menjelaskan keputusan itu kononnya dibuat atas dasar “realiti fiskal” dan kekangan bajet kerajaan pusat ketika itu. Namun, alasan tersebut hanya mengukuhkan persepsi bahawa perjuangan hak 40 peratus hasil cukai Sabah yang dilaungkan Warisan tidak pernah benar-benar menjadi perjuangan prinsip, hakikatnya hanya slogan politik untuk menawan hati rakyat Sabah.

“Kita bukan tidak mahu perjuangkan hak Sabah, tetapi pada waktu itu kerajaan pusat berdepan kekangan bajet,” kata Shafie, seolah-olah melupakan bahawa hak negeri tidak seharusnya ditawar-menawar mengikut kemampuan pusat.

Hak 40 peratus hasil cukai Sabah bukanlah ihsan persekutuan, tetapi hak termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Namun, ketika peluang datang untuk menunjukkan ketegasan, Shafie memilih jalan mudah menerima kadar rendah RM53.4 juta sambil memujuk rakyat kononnya itu hanya langkah sementara.

Ironinya, inilah pemimpin yang paling lantang melaungkan “Sabah for Sabahan”. Tetapi bila berdepan tekanan bajet, beliau sendiri akur kepada kerajaan pusat, menunjukkan bahawa laungan itu tidak lebih dari slogan untuk pentas ceramah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, sebelum ini menyifatkan keputusan itu sebagai pengkhianatan terhadap hak Sabah dan kenyataan tersebut ada asasnya.

Warisan boleh berdalih bahawa mereka “bertimbang rasa”, namun realitinya, tiada apa-apa yang diperjuangkan secara tuntas. Hak negeri bukan sekadar topik rundingan tetapi ia amanah yang sepatutnya dipertahankan tanpa kompromi.

Lebih jauh lagi, Shafie cuba menutup kelemahan tersebut dengan menyenaraikan kononnya 17 daripada 21 perkara MA63 yang telah “dilaksanakan” semasa pentadbiran Warisan. Namun sehingga kini, rakyat masih tidak nampak perubahan ketara dalam isu asas air, elektrik, dan jalan raya yang terus menghantui Sabah walaupun beliau pernah berkuasa penuh.

“Give us the power. Let us manage Sabah,” katanya tetapi realitinya, kuasa sudah pernah diberi. Yang gagal ialah keberanian untuk berdiri tegak mempertahankan prinsip.

Rakyat Sabah kini semakin matang menilai antara retorik dengan realiti. Ketika pemimpin lain berani menuntut dengan fakta dan dokumen, Shafie memilih alasan ekonomi untuk menjustifikasi kepatuhan terhadap pusat.

Akhirnya, slogan “Sabah for Sabahan” yang kononnya membawa semangat perjuangan, kini kedengaran kosong dan hambar seperti janji yang ditelan balik demi kepentingan politik sendiri.

 

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.