"Sabah For Me": Empat ADUN STAR Lompat Sertai Hajiji


Belum pun genap 24 jam selepas pembubaran DUN Sabah, empat ADUN dari parti STAR dilaporkan melompat menyertai kem Hajiji dalam GRS.

Rakyat Sabah sekali lagi disajikan dengan drama politik ‘lompat katak’ yang memualkan. Di bumi di mana slogan “Sabah for Sabahan” dijulang kononnya demi maruah dan autonomi negeri, rupa-rupanya prinsip itu boleh dijual bila kuasa dan kedudukan mula memanggil.

Empat ADUN terbabit YB Banan, YB Abidin Madingkir, YB Robert Tawik dan YB Flovia Ng kini dilihat mencari kem politik baharu agar dapat terus memastikan diri kekal dalam arus kuasa.

Bagi rakyat Sabah, episod ini bukan lagi mengejutkan, tetapi menyakitkan. Politik negeri ini sudah lama dibudayakan dengan pengkhianatan dan kerakusan, sementara suara rakyat terus dipermain dan diperdagangkan.

“Sabah for Sabahan”? Nyata, yang tinggal kini hanyalah slogan tanpa jiwa, tanpa maruah - "Sabah For Me" rupanya

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.