Rakyat Sabah sudah lama bersabar. Negeri yang kaya dengan hasil bumi, tanah subur dan laut yang luas tapi rakyatnya masih ketinggalan. Jalan rosak, air tiada, peluang kerja makin sempit. Sedangkan setiap tahun, berbilion ringgit kononnya disalurkan untuk pembangunan. Tapi ke mana hilangnya semua itu? Lihat Bajet 2026 di SINI
Inilah masa rakyat Sabah bangkit dan berkata "Cukup
sudah!"
Rakyat Sabah tidak minta banyak cuma mereka inginkan pemimpin
yang jujur, berani dan bekerja untuk rakyat. Bukan mereka yang
memperkayakan diri, keluarga dan kroni dengan nama pembangunan.
“Sabah bukan milik kroni, Sabah milik rakyat.”
![]() |
| poster ini sedang viral |
![]() |
| poster ini sedang viral |
![]() |
| poster ini sedang viral |
![]() |
| poster ini sedang viral |
![]() |
| poster ini sedang viral |
![]() |
| poster ini sedang viral |
![]() |
| poster ini sedang viral |
![]() |
| poster ini sedang viral |
Cuba dengar suara dari kampung, “Nelayan di Pitas masih
hidup susah, sedangkan ratusan juta konon sudah dibelanjakan untuk projek
pembangunan.”
Kalau pemimpin makan duit rakyat, jangan hairan jalan pun
tak siap, air pun tiada. Akhirnya rakyat minum janji, bukan minum air!
Kita malu bila nama Sabah disebut kerana skandal dan rasuah,
bukannya kejayaan. Dulu, pemimpin Sabah disegani kerana berjiwa rakyat. Sekarang,
dunia kenal kita sebab rasuah. Ini bukan Sabah yang kita banggakan.
Rasuah bukan khabar angin. Ia nyata, dengan kes besar yang
belum disiasat habis, projek-projek terbengkalai, dan janji-janji pembangunan
yang tinggal di atas kertas.
Dulu di zaman BN, banyak jalan siap, biasiswa anak kampung
jalan, bantuan rakyat sampai.
Sekarang?
Peruntukan makin besar, tapi hasilnya makin kecil. GRS
terpalit dengan kes rasuah mega, tapi masih bercakap soal integriti.
“Dulu, sekarang, kemana duit Sabah?”
Kita tidak mahu hanya marah. Kita mahu ubah. Sabah
boleh bangkit semula dengan kepimpinan yang jujur, berpengalaman dan tahu
urus ekonomi rakyat. Bukan pemimpin yang pandai beli sokongan, tapi gagal
urus negeri.
“Daripada tangan korup kepada tangan rakyat.”
“Sabah bersih, Sabah maju, rakyat sejahtera.”
Visi ini bukan mimpi. Ia boleh jadi kenyataan jika rakyat
bersatu menolak rasuah dan menuntut keadilan:
- “Tolak
pemimpin rasuah. Selamatkan Sabah.”
- “GRS
= Geng Rasuah Sabah.”
- “Kalau
bukan kita ubah sekarang, anak cucu kita terus jadi mangsa.”
Pilihan di tangan rakyat dan kali ini, biarlah suara rakyat
benar-benar membawa makna, “Sabah bukan milik kroni, Sabah milik kita
semua.”









Comments
Post a Comment