Rumah Rakyat GRS : Kos RM70,000 Tapi Kualiti Macam Rumah Mainan

KOTA KINABALU — Isu kualiti projek perumahan rakyat di Sabah kembali panas selepas satu hantaran tular di media sosial memaparkan keadaan sebuah rumah projek Sabah Maju Jaya (SMJ) yang rosak teruk walaupun baru siap dibina.

Hantaran tersebut menunjukkan siling tercabut, struktur longgar dan kemasan binaan yang sangat buruk seolah-olah rumah tersebut dibina tanpa standard pembinaan yang sepatutnya.

Lebih mengejutkan, rumah berkenaan dilaporkan menelan kos RM70,000 sebuah tetapi kualitinya seolah-olah rumah pasang siap mainan kanak-kanak.

Isu ini mencetuskan kemarahan orang ramai yang melihatnya sebagai gambaran nyata kelemahan pentadbiran GRS dalam melaksanakan projek rakyat.

Projek yang sepatutnya membawa keselesaan kepada rakyat kini menjadi simbol kegagalan sistem pemilihan kontraktor kerajaan negeri GRS apabila projek diserahkan kepada pihak yang tidak berwibawa. Hasilnya duit rakyat hangus, rakyat pula merana.

Lebih menguris hati, projek di bawah inisiatif SMJ (Sabah Maju Jaya) ini telah dijaja sebagai “kejayaan besar GRS” namun hakikat di lapangan menunjukkan keadaan sebaliknya.

Persoalan yang timbul berkenaan rumah projek Sabah Maju Jaya (SMJ)  :

1.    Siapa kontraktor yang dilantik?

2.    Bagaimana proses kelulusan boleh lulus dengan kualiti sebegini?

3.    Siapa yang akan bertanggungjawab terhadap kerosakan ini?


Rakyat Sabah berhak mendapat rumah yang selamat, kukuh dan bermaruah bukan binaan ala kadar semata-mata untuk cukupkan angka projek.

Isu ini membuktikan janji GRS tentang pembangunan rakyat hanyalah slogan semata-mata bukan realiti sebenar di lapangan.


#MalaysiaHot #PRNSabah17 #GRSGagal #RumahSMJ #SabahMajuJaya #JanjiKosong #KontraktorKroni #PolitikSabah #IsuRakyat #RM70000 #RakyatTertipu #SabahBangkit #PilihanRayaSabah #SkandalProjekRakyat**


Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.