RM100 Juta: Masih Banyak Masa Untuk Buat Keputusan – Shahelmy

Tangkap layar sedang viral

Datuk Shahelmy Yahya kini berada di persimpangan paling genting dalam karier politiknya.

Walaupun beliau cuba menggambarkan keadaan sebagai “masih banyak masa untuk membuat keputusan”, kenyataan itu bukan tanda yakin ia tanda resah dan gentar. Kenyataan tersebut sedang tular di alam maya dan MalaysiaHot cuba mendapatkan pengesahan dari pihak Shahelmy sendiri.

Maklumat dalaman menunjukkan beliau tidak lagi diterima sepenuhnya oleh kepimpinan UMNO Sabah, sementara kepercayaannya dalam GRS juga retak selepas beberapa rundingan tidak berjalan seperti dijanjikan.

Secara strategik, Shahelmy kini dilihat sebagai pemain solo yang cuba menebus harga dirinya bukan dengan prinsip tetapi dengan ‘capital politik’ dan dana.

Shahelmy masih dibayangi isu hubungan perniagaan dengan taikun kontroversi Albert Tei yang sebelum ini terlibat dalam beberapa projek kerajaan negeri yang mencurigakan.

“Shahelmy bukan sedang cari masa buat keputusan politik tetapi dia sedang cari ruang cuci nama dari skandal lama.”

“Kalau tiada dosa, kenapa takut buat keputusan?” kata pengalisis politik tempatan.

Sekiranya Shahelmy bertanding bawah logo GRS maka tindakan saman dan pelanggaran aku janji calon BN akan dilaksanakan.

Perjanjian pra-PRU15 masih sah, dan beberapa peguam BN telahpun meneliti klausa yang membolehkan tindakan sivil diambil terhadap mana-mana wakil rakyat Barisan Nasional.

Ini bukan sekadar ugutan tetapi ia merupakan langkah untuk mendedahkan pengkhianatan secara rasmi di mata pengundi yang setia kepada BN.

Ada juga komen sinis dari pemerhati politik tempatan, “Kalau benar Shahelmy yakin dengan GRS, kenapa takut dengan saman UMNO?”

“Kalau berani bertanding bawah logo lain, bersedialah hadapi mahkamah.”

Menurut sumber rapat, Shahelmy dikatakan mempunyai simpanan dana peribadi hasil jaringan lama dengan pemain industry namun tidak mencukupi untuk kempen besar. Beliau kini sedang mengintai sponsor baru dalam kalangan kroni GRS dan korporat tempatan yang menyokongnya dan juga GRS.

Kenyataannya bahawa “masih banyak masa” sebenarnya adalah taktik untuk menawar harga sokongan, manalah tahu ada taikun yang masih percayakan beliau.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.