![]() |
| sumber poster: media sosial |
PRN Sabah kali ini bukan sekadar pertarungan politik tetapi ia sedang menjadi medan terburuk dalam sejarah negeri apabila skandal rasuah mega membabitkan lombong mineral terbongkar, melibatkan jutaan ringgit serta nama-nama besar dalam kerajaan negeri sendiri.
Segalanya bermula apabila video pendedahan oleh Albert Tei mula tular yang menunjukkan perbualan dan rundingan melibatkan pihak tertentu berkaitan lesen lombong dan hasil bumi Sabah. Nilai “komisen” disebut dalam jutaan ringgit, cukup untuk membuka mata rakyat bahawa kekayaan negeri ini telah lama disedut melalui urus niaga gelap antara ahli politik dan kroni mereka.
Lebih mengejutkan, sekitar 15 wakil rakyat GRS didakwa mempunyai kaitan langsung dengan jaringan rasuah ini. Bukan sahaja mereka yang berkuasa, tetapi juga beberapa pegawai tinggi kerajaan negeri dan ini menjadikan keseluruhan sistem pentadbiran Sabah kini berbau busuk.
Nama Hajiji Noor sendiri disebut-sebut dalam laporan dalaman dan rakaman yang tular, walaupun beliau menafikan penglibatan. Namun persoalannya, bagaimana skandal sebesar ini boleh berlaku tanpa pengetahuan Ketua Menteri? Adakah ini satu bentuk “tutup mata, asal bahagian sampai”?
Ironinya, slogan yang sering dilaungkan “Sabah Maju Jaya” kini dilihat lebih sesuai ditukar menjadi “Sabah Maju Kaya – Untuk Kroni Sahaja”. Kekayaan negeri yang sepatutnya milik rakyat Sabah kini menjadi modal dagangan politik, diurus oleh tangan-tangan yang rakus dan tamak.
PRN Sabah kali ini jelas bukan lagi soal siapa menang atau kalah, tetapi soal maruah rakyat Sabah. Jika rakyat terus memilih mereka yang terpalit dengan rasuah, maka negeri ini akan terus kekal dalam kitaran kemiskinan yang sama, kaya sumber, miskin rakyat.
Inilah waktunya rakyat Sabah bangkit dan menghantar mesej yang jelas:
Rasuah bukan budaya kita.
Sabah bukan harta peribadi mereka.
Dan masa depan negeri ini bukan untuk dijual beli.
Kerana kali ini, PRN Sabah bukan sekadar pilihan raya. Ia adalah perhitungan moral terbesar dalam sejarah negeri di bawah bayu.

Comments
Post a Comment