PRN17 Sabah: Laporan Prestasi Tentukan Siapa Kekal, Siapa Kena Ganti di Kalabakan

Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17, perhatian kini mula tertumpu kepada prestasi barisan wakil rakyat di kawasan Parlimen Kalabakan. Kawasan ini menempatkan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan tiga wakil kerajaan dan seorang pembangkang yang telah berkhidmat sepanjang satu penggal lalu.

Lima tahun bukan tempoh singkat. Sepanjang tempoh ini, setiap ADUN diberi peluang membuktikan keupayaan masing-masing sama ada sebagai wakil kerajaan yang memiliki akses lebih luas untuk melaksanakan dasar dan program, mahupun sebagai pembangkang yang terhad keupayaannya tetapi tetap berkhidmat kepada rakyat.

Realitinya mudah, rakyat melihat, menilai dan merasai kesan kerja wakil rakyat. Keluh kesah rakyat sama ada dapat diselesaikan atau tidak, menjadi ukuran sebenar kredibiliti seorang YB di mata pengundi.

ADUN kerajaan tentunya memiliki kelebihan dari segi peruntukan dan jaringan pentadbiran untuk menyelesaikan masalah rakyat secara langsung. Namun, jika kelebihan ini tidak diterjemahkan dalam bentuk kerja dan tindakan maka kelebihan itu akan berubah menjadi kelemahan di mata rakyat.

Bagi wakil pembangkang pula, walaupun ruang dan akses lebih terhad, rakyat tetap menilai sejauh mana kehadiran YB itu dirasai, sejauh mana mereka turun padang, mendengar suara rakyat dan memperjuangkan isu-isu setempat.

Akhirnya, bukan siapa paling banyak bercakap, tetapi siapa paling dekat dan konsisten dengan rakyat, itulah yang akan menjadi ukuran sebenar.

Lima tahun sudah berlalu. Terima kasih diucapkan kepada semua wakil rakyat di kawasan Kalabakan samada kerajaan mahupun pembangkang atas khidmat mereka sepanjang tempoh penggal ini. Setiap usaha yang dicurahkan adalah sebahagian daripada perjalanan demokrasi di Sabah.

 “Dicakap samada cukup bekerja selama 5 tahun ini (kerajaan), hanya rakyat yang boleh menilai. Dalam pembangkang pula, biar rakyat yang tentukan sejauh mana perjalanan YB itu bekerja dan turun padang,” ujar kenyataan itu.

Kini, kuasa sebenar kembali ke tangan rakyat. Hanya rakyat yang berhak menentukan siapa yang layak mewakili mereka pada PRN17 Sabah kelak sama ada muka lama yang benar-benar berkhidmat, atau kepimpinan baharu yang lebih segar dan berwibawa.

Politik bukan sekadar slogan. Ia tentang khidmat, keikhlasan dan hasil kerja. Lima tahun lalu telah pun menjadi “laporan prestasi” sebenar setiap YB di Kalabakan.

Kini, rakyat akan menjadi hakim  siapa kekal, siapa diganti.


#MalaysiaHot #PRNSabah17 #Kalabakan #PolitikSabah #YB #WakilRakyat #PilihanRakyat #RakyatMenilai #SabahBangkit #DemokrasiMalaysia



Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.