Sindumin kini menjadi tumpuan panas menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah apabila berlaku perebutan terbuka antara penyandang, Dr. Yusof Yacob dan muka baharu, Datuk Yamani Hafez Musa Aman, anak kepada TYT Sabah.
Namun, menurut kenyataan tegas kepimpinan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) bahagian Sindumin, kerusi DUN itu adalah milik GRS, bukan untuk dijadikan medan perebutan kuasa mahupun medan untuk menguji pengaruh politik individu tertentu.
“Fokus kami ialah kestabilan, bukan perebutan kuasa. Kami berdiri teguh di belakang Datuk Seri Panglima Hajiji Noor untuk menentukan calon yang benar-benar layak mewakili GRS,” kata jurucakap PGRS Sindumin.
Tegas mereka, GRS bukan medan tawar-menawar, apatah lagi untuk mengekalkan individu yang kini dibelenggu kontroversi dan rakaman video yang mencemarkan nama baik parti.
Namun Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Sindumin menegaskan bahawa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin mesti kekal ditandingi oleh Dr Yusof dan Setiausaha PGRS Bahagian Sindumin, Alfred Daniel @ Stanley berkata, pendirian itu diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat bahagian yang dihadiri pimpinan serta ahli akar umbi.
Isu menjadi lebih hangat apabila rakaman video pendedahan oleh ahli perniagaan, Albert Tei, mula tular, memaparkan Yusof Yacob terlibat dengan rasuah berkaitan projek lombong mineral?
Walaupun Yusof menafikan, namun persepsi awam semakin negatif, dan banyak pihak dalam GRS berpendapat bahawa Yusof menjadi liabiliti politik kepada gabungan itu.
Sebaliknya, penyertaan Datuk Yamani dilihat sebagai usaha menyegarkan kembali Sindumin dengan wajah baharu yang bebas kontroversi, selain membawa simbol kesinambungan kepimpinan keluarga yang pernah membangunkan Sabah di era lalu.
Bagi rakyat Sindumin, mereka kini menilai bukan semata-mata siapa calon “berjiwa rakyat”, tetapi siapa yang benar-benar bersih dan mampu membawa maruah politik Sabah ke tahap lebih tinggi.
PGRS menegaskan, keutamaan mereka tetap kepada GRS dan kepimpinan Yusof, bukan kepada individu yang cuba menggunakan hubungan keluarga dengan TYT.
Bagi kumpulan pro TYT pula, “Kita mahu calon bersih, berwibawa dan tidak terbeban dengan isu rasuah. Sindumin tidak boleh dikorbankan demi kepentingan peribadi,” ujar seorang pemimpin akar umbi.
Dalam konteks PRN Sabah kali ini, Sindumin bukan sekadar satu kerusi tetapi ia simbol pertarungan antara politik bersih dan politik penuh skandal. Namun PGRS nampaknya sudah membuat pendirian yang cukup jelas bahawa kerusi itu adalah hak penyandang iaitu Dr. Yusof Yacob.
“Anak TYT tu bersih sangat kah, lagi pun dia bukan orang Sindumin” kata penyokong Dr Yusof.


Comments
Post a Comment