PRN Sabah: PPBM Datang Untuk Hina 'Parti Orang Sabah'




“Perikatan Nasional ini parti Malaya, betul. Tapi kita lebih mulia daripada 'parti orang Sabah', yang rompak khazanah rakyat Sabah dan serah pada orang Malaya. Bukan satu dua ekar, tapi berpuluh-puluh hektar...”
tegas Hilman semasa berucap merasmikan Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya N30 Bongawan di Kampung Lanas, Kimanis.


Kenyataan celupar Ketua ARMADA PPBM di pelancaran jentera ini mengesahkan apa yang ramai sudah tahu bahawa Perikatan Nasional datang ke Sabah bukan untuk menang tapi untuk mati berdiri.

Baca juga di SINI

Inilah realiti sebuah parti yang sudah kehilangan maruah, hala tuju dan kepercayaan rakyat.

Isu perpecahan dalaman, perebutan kuasa dan imej “Presiden kluster mahkamah” menjadikan PPBM parti yang paling tidak dipercayai di Sabah mahupun di Semenanjung.

Lebih dua pertiga Ketua Bahagian sendiri sudah berpaling tadah tetapi Muhyiddin masih berkhayal kononnya rakyat akan terpikat dengan slogan “Bersih dan Stabil”.

Paling tidak masuk akal, menantunya pula sedang berpoya-poya di luar negara walaupun menantunya berstatus pelarian jenayah rasuah.

Kini, dengan kenyataan menghina rakyat Sabah, PPBM bukan sahaja menembak kaki sendiri malah menyeret Barisan Nasional dan PAS sekali. Strategi bodoh politik PPBM kali ini mudah, kalau kami tak boleh menang, biar semua kalah sama-sama.

Rakyat Sabah sudah lama faham permainan ini. Mereka tidak perlukan parti yang datang dari Semenanjung untuk mengajar erti maruah tetapi datanglah dengan niat ikhlas bukan untuk memperlekeh dan menunggang sentimen.

“Alang-alang kalah, biarlah rosak terus nama parti yang dilabelkan dari Semenanjung..” kata penganalisis politik terkenal Sabah.

“Kita masuk bertanding mesti menjaga maruah orang tempatan dan bukannya mengaibkan ‘parti lokal’ katanya lagi.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.