Ucapan Ketua Armada Bersatu, YB Hilman Idham di Kimanis dengan menuduh parti-parti lokal Sabah sebagai “perompak hasil bumi” bukan sahaja menghina rakyat Sabah malah memperlihatkan keangkuhan dan kejahilan politik yang nyata daripada seorang pemimpin muda yang gagal menilai realiti sebenar di lapangan.
Hilman dengan penuh yakin mendakwa bahawa parti-parti tempatan telah “merompak khazanah Sabah dan menyerahkannya kepada pihak luar.” Namun malangnya, tiada satu pun bukti atau contoh konkrit dikemukakan.
Tuduhan beliau hanya berlegar pada tahap ‘hear say’ politik, retorik kosong tanpa fakta dan hanya untuk mengaburi kelemahan parti sendiri yang sedang berpecah dan terpalit skandal di peringkat nasional.
Yang lebih melucukan, Hilman bercakap seolah-olah parti yang dipimpinnya, PPBM dan Perikatan Nasional (PN), begitu suci dan bersih. Sedangkan seluruh negara tahu bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri, Presiden PPBM dan Pengerusi PN sedang menghadapi perbicaraan kes rasuah JanaWibawa, satu skandal besar yang melibatkan ratusan juta ringgit dana kerajaan semasa beliau menjadi Perdana Menteri.
Kalau pemimpin tertinggi sendiri diseret ke mahkamah atas tuduhan rasuah, di manakah “kemuliaan” yang Hilman bangga-banggakan itu?
Sabah tidak perlukan ceramah daripada “pemimpin import” yang datang membawa propaganda Malaya tetapi gagal memahami denyut nadi tempatan.
Sebelum Hilman terus bercakap soal “kemuliaan”, beliau patut bertanya kepada dirinya sendiri,
adakah lebih hina parti lokal Sabah yang berjuang mempertahankan hak negeri atau lebih hina parti yang sedang dipimpin oleh seorang yang sedang dibicarakan atas tuduhan rasuah berjuta-juta ringgit?
Bagaimana dengan kes “CCTV mirip Hilman” yang dilihat mengusung GRO ke bilik hotel dan khabarnya menjadi kes rogol?
Muliakah usung GRO ni?


Comments
Post a Comment