PRN Sabah: GRS Pertaruh Muka-Muka Skandal Rasuah

Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dilihat semakin terdesak sehingga sanggup mempertaruhkan semula calon-calon yang namanya sudah terpalit dengan skandal rasuah. Bagi GRS, seolah-olah integriti bukan lagi nilai politik, tetapi sekadar hiasan manifesto.

Antara nama yang mencuri tumpuan ialah Andi Muhammad Suryady Bandy, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, yang dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu pada 30 Jun 2024 atas pertuduhan menerima suapan berkaitan projek lombong mineral Sabah. 

Skandal ini mengaitkan beberapa individu termasuk pegawai kanan kerajaan negeri dan pihak swasta yang dipercayai terlibat dalam urus niaga mineral bernilai jutaan ringgit.

Nama-nama ini juga dikatakan akan dicalonkan sekali lagi:

1. Hajiji Noor

2. Masidi Manjun

3. Shahelmy Yahya

4. Jeffry Kitingan

5. Ariffin Arif

6. Joachim Gunsalam

7. Maximus Ongkili

8. Ellron Angin

9. Rubin Balang

10. Yusof Yacob

11. Andy Suryady

12. Jahid Jahim

13. Arsad Bistari

14. Masiung Banah

15. Robert Tawit


Ironinya, meskipun kes masih dalam proses mahkamah dan nama mereka masih hangat disebut dalam laporan siasatan SPRM, GRS tidak menunjukkan sebarang keinginan untuk menjarakkan diri daripada tokoh-tokoh ini. Sebaliknya, individu yang sedang dibicarakan terus diangkat sebagai calon, seolah-olah tuduhan rasuah hanyalah “ribut dalam cawan politik”.

Lebih membimbangkan, skandal ini bukan kes terpencil. Ia menggambarkan budaya politik kotor yang masih membiak di Sabah di mana projek pembangunan, lesen perlombongan dan konsesi tanah sering menjadi mata air politik bagi mereka yang berkuasa.

GRS kini berdepan persepsi serius bahawa mereka menormalisasikan rasuah sebagai amalan biasa selagi belum dijatuhkan hukuman, mereka kekal dianggap “bersih”. Namun dalam realiti politik matang, rakyat tidak menunggu keputusan mahkamah untuk menilai kejujuran pemimpin.

Rakyat Sabah kini menyaksikan dengan jelas bahawa GRS lebih mementingkan kuasa daripada maruah. Dengan memberi tiket kepada calon yang terpalit skandal, parti itu secara tidak langsung mengisytiharkan bahawa mereka tidak lagi takut kepada persepsi rakyat.

Sabah memerlukan pemimpin yang berani menolak rasuah, bukan menjustifikasikannya. PRN kali ini bukan sekadar medan merebut kerusi tetapi ianya juga ujian kepada rakyat.

Apakah Sabah akan terus diperintah oleh tangan-tangan yang berlumuran debu mineral rasuah, atau rakyat akan membersihkannya dengan undi yang bermaruah?

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.