Kemunculan Shahelmy Yahya dan Andi Suryadi di majlis pelancaran jentera Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini menjawab segala persoalan yang timbul tentang pendedahan video skandal rasuah yang melibatkan pemimpin GRS termasuk mereka berdua.
Ramai melihat langkah berani mereka itu sebagai tanda jelas bahawa kedua-duanya bersedia untuk membayar harga politik termasuk saman RM100 juta demi untuk terus bersama GRS?.
Baca juga di SINI tentang RM100 juta.
Difahamkan, kedua-dua tokoh ini masih terikat dengan perjanjian bon politik yang ditandatangani bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN). Dalam perjanjian tersebut, sebarang tindakan keluar parti atau bertanding atas tiket selain UMNO/BN boleh menyebabkan mereka dikenakan penalti kewangan sehingga RM100 juta.
Namun, apa yang lebih menarik ialah keyakinan penyokong mereka sendiri. Ada yang menyindir sinis, “duit dari projek lombong mineral Sabah lebih banyak dari itu…”. Ini satu sindiran tajam yang mencerminkan bagaimana politik Sabah kini bukan lagi tentang ideologi, tetapi tentang siapa yang mampu membayar harga paling tinggi untuk kekal berkuasa.
Sumber dalam kalangan akar umbi UMNO pula menyifatkan tindakan itu sebagai pengkhianatan terang-terangan, malah menyamakan mereka dengan pemimpin “katak” yang menconteng arang pada maruah parti.
Namun dari kem GRS, naratifnya berbeza, mereka mendakwa inilah masa untuk “politik bebas dari kongkongan Semenanjung” mesej retorik yang sedang giat dimainkan untuk menawan sentimen ‘Sabah for Sabahan’.
Apakah benar denda RM100 juta itu akan dibayar? Atau semuanya sekadar psywar menjelang PRN untuk menunjukkan kekuatan dan kekayaan politik GRS?
MalaysiaHot sedang mendapatkan pengesahan lanjut daripada beberapa sumber dalaman GRS. Namun satu perkara pasti iaitu ‘drama RM100 juta’ ini bakal menjadi simbol pertarungan sebenar antara kesetiaan, kekuasaan, dan kekayaan hasil dari rasuah.
PRN Sabah kali ini bukan sekadar soal mandat rakyat tetapi ia tentang siapa sanggup bayar paling mahal untuk kekal relevan.

Comments
Post a Comment