Pergolakan dalaman dalam Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) semakin jelas apabila bekas Timbalan Ketua Bahagian Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman, bersama sejumlah penyokong setia memilih untuk meninggalkan parti.
Satu langkah yang menggambarkan penolakan terhadap budaya politik kotor dan amalan rasuah yang semakin sinonim dengan beberapa ADUN Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Sumber dalaman menyebut, tindakan Saddi bukan sekadar “kecewa” atau “merajuk”, tetapi berpunca daripada prinsip beliau tidak mahu terus bersubahat dengan kelompok GRS yang kini diselubungi pelbagai skandal rasuah, salah guna kuasa dan politik kedudukan.
“Datuk Saddi tak mahu dilihat kotor dengan taik rasuah GRS. Ramai di peringkat akar umbi juga sudah muak dengan permainan politik tamak kuasa,” kata salah seorang penyokong beliau yang enggan dinamakan.
Namun, nada berbeza datang daripada pihak Pemuda PGRS Sukau. Ketuanya, Badrul Hisham Juhari, mendakwa pemergian Saddi dan kumpulannya tidak menjejaskan kekuatan parti. Beliau menyifatkan langkah itu sebagai “pendedahan wajah sebenar mereka” menjelang PRN Sabah ke-17.
Badrul turut menuduh Saddi kurang menunjukkan komitmen kepada parti sepanjang tempoh beliau memegang jawatan, malah lebih gemar bergerak sendiri dalam isu setempat. Dakwaan itu bagaimanapun dilihat sebagai usaha defensif bagi menutup retak yang kini semakin nyata dalam PGRS Sukau.
Hakikatnya, ramai ahli akar umbi mula menyatakan simpati terhadap Saddi, yang dianggap berani mengambil jalan sukar dengan memilih untuk keluar daripada sistem yang didakwa sudah berbau busuk dengan rasuah dan kepura-puraan.
“Ramai dalam parti tahu, ada ADUN-ADUN GRS yang terlibat dalam skandal lombong mineral, tapi mereka tetap dipertahankan. Saddi tak sanggup tenggelam bersama kapal yang bocor,” kata seorang bekas ahli Pemuda PGRS Sukau.
Pergolakan ini menandakan PGRS sedang berdepan krisis kepercayaan di peringkat akar umbi. Di Sukau, penyokong kini terbahagi dua, antara yang mahu kekal bersama parti kerajaan, dan yang menuntut politik lebih bersih dan bermaruah.
Biarpun Pemuda PGRS berkeras mendakwa jentera mereka masih kukuh di bawah pimpinan Datuk Juhari Janan, hakikatnya gelombang penolakan dalaman semakin ketara. Dalam politik Sabah yang penuh lompatan dan rundingan pintu belakang, langkah Saddi boleh menjadi pencetus kebangkitan moral baru menjelang PRN ke-17.
Apabila pemimpin memilih untuk meninggalkan kekuasaan demi maruah, itu bukan kelemahan sebaliknya itu peringatan bahawa masih ada manusia dalam politik Sabah yang enggan hidup dengan tangan berlumur rasuah dan hati bersalut najis.
Antara video kantoi rasuah pemimpin GRS yang sedang tukar

Comments
Post a Comment