PRN Sabah: Anak Ganti Bapa, Pewaris Rasuah Dalam STAR?


Nampaknya politik Sabah semakin menjijikkan bila kerusi DUN pun sudah jadi harta pusaka keluarga.

Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) kini memperjudikan wajah “muda” kononnya segar tapi hakikatnya, bau lama masih melekat.

Calon baharu STAR di DUN Bingkor, Razzidin Robert, diumumkan menggantikan bapanya Datuk Robert Tawik penyandang yang sudah lama selesa dengan kuasa. Dari luar nampak seperti kesinambungan generasi, tapi dari dekat, ini lebih mirip politik kroni yang diwariskan, bukan dibina dengan merit.


Razzidin yang juga Timbalan Ketua Exco Wiramuda STAR kononnya simbol kebangkitan anak muda, tapi rakyat Bingkor tentu masih belum lupa siapa yang meninggalkan perjuangan asal demi kedudukan empuk dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Bapanya sendiri antara lima ADUN STAR yang berpaling tadah daripada Jeffrey Kitingan demi menyelamatkan kedudukan politik masing-masing. Ellron Angin (Sook), Abidin Madingkir (Paginatan), Annuar Ayub (Liawan), Flovia Ng (Tulid) dan tentu sekali, Robert Tawik (Bingkor).

Sekarang, anak pula muncul kononnya untuk “meneruskan legasi”. Legasi apa sebenarnya?
Legasi lompat parti, main dua kolam, dan gadai prinsip demi kuasa?

Jika beginilah wajah baharu STAR, maka jelas parti ini sudah ketandusan idealisme dan kini bergantung kepada politik keturunan untuk kekal hidup.

Rakyat Bingkor tidak perlukan anak kepada bekas ADUN, mereka perlukan pemimpin yang bukan lahir dari rahim rasuah dan pengkhianatan.

PRN kali ini bukan sekadar undi calon, tapi undi menolak politik pusaka yang menjadikan negeri ini bahan ketawa satu Malaysia.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.