Pilihanraya Negeri Sabah 2025 Paling Kotor Dalam Sejarah


Pilihanraya Negeri Sabah ke-17 semakin hampir, namun suasana politiknya kali ini lebih berbau busuk daripada segar.

Rakyat Sabah sudah muak, tetapi ahli politik terus berpesta seolah-olah tiada maruah yang tinggal. Dalam sejarah panjang politik negeri di bawah bayu, inilah kali pertama rakyat Sabah bakal menyaksikan barisan calon yang terpalit dengan pelbagai skandal rasuah bakal dicalonkan semula tanpa sedikit pun rasa malu atau tanggungjawab moral.

Menurut sumber dalaman parti, beberapa nama besar dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti sekutu dikatakan akan terus dipertaruhkan walaupun sedang disiasat oleh SPRM dalam kes melibatkan projek lombong mineral, pembalakan, serta penyelewengan kontrak kerajaan. Dalam keadaan biasa, individu seperti ini sepatutnya direhatkan sementara menunggu siasatan selesai. Namun di Sabah, mereka masih dianggap “aset politik” kerana mereka banyak duit?

Lebih menjijikkan, ada calon yang sebelum ini sudah pun disebut dalam dokumen siasatan rasmi, malah dikaitkan dengan rakaman video rasuah yang tersebar tetap menerima sokongan pimpinan tertinggi parti. Rakyat menyaksikan bagaimana politik Sabah kini bukan lagi tentang memperjuangkan kepentingan rakyat, tetapi tentang melindungi kepentingan peribadi dan kroni.

Slogan-slogan seperti “Sabah Maju Jaya” dan “Sabah For Sabahan” kini hanya tinggal retorik murahan. Ketika rakyat di pedalaman masih bergelut dengan jalan rosak, kemiskinan dan peluang kerja terhad, pemimpin mereka sibuk berebut kontrak lombong, projek air, dan tanah rizab negeri.

Apa yang lebih tragis, budaya “tiada malu” ini telah menjadi norma baharu. Mereka yang sepatutnya berundur secara terhormat kini melangkah ke pentas kempen dengan penuh keyakinan, malah berani bercakap tentang integriti dan perjuangan rakyat.

Rakyat Sabah perlu sedar bahawa pilihanraya kali ini bukan sekadar menentukan siapa yang akan membentuk kerajaan, tetapi juga menjadi ujian moral untuk menentukan sama ada rakyat masih rela diperbodohkan oleh politikus korup.

Jika wajah-wajah lama yang sarat dengan skandal masih menang besar, maka jelaslah bahawa politik wang, ugutan dan rasuah sudah menjadi darah daging sistem politik negeri ini. Dan jika itu berlaku, tidak keterlaluan untuk menyebut bahawa PRN Sabah ke-17 bakal tercatat sebagai pilihanraya paling kotor dalam sejarah negeri ini.

Antara video rasuah tersebar:



Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.