Pelik Tapi Benar: STAR Kononnya Jijik Dengan Parti Rasuah GRS


STAR tidak mahu bersekongkol dengan parti rasuah GRS?

Lucu benar bila dengar STAR tiba-tiba buat muka jijik pada GRS, kononnya gabungan itu dipenuhi pemimpin rasuah. Rakyat Sabah pun tergamam, sejak bila STAR jadi malaikat penjaga integriti?

Rakaman video rundingan rasuah, tangkap layar permintaan wang, malah pengakuan pemberi rasuah sendiri sudah cukup jelas: pemimpin STAR lah yang duduk paling depan dalam pesta makan hasil rasuah projek mineral mega.

Lebih tragis, tanah rakyat Sabah berpuluh ribu hektar yang penuh dengan mineral bernilai tinggi kini dikatakan sudah bertukar milik kepada kroni politik. Nama besar seperti Farhash muncul sebagai antara yang paling untung, mengaut projek berbilion ringgit.

Ironinya, Jeffrey Kitingan masih sempat berlakon seolah-olah “tidak tahu menahu”. Sedangkan pendedahan oleh Albert Tei itu terang-terang menyebut nama dan peranannya.

Pendek kata, drama STAR tinggalkan GRS ini bukan soal menolak rasuah. Ia lebih kepada pencuri yang menuduh pencuri lain lebih kotor.



Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.