Pakatan Sulit Hajiji–Musa Aman Bocor: USNO Tinggalkan GRS?


Perkembangan mutakhir politik Sabah menjelang PRN ke-17 semakin mengesahkan satu perkara penting iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kini bukan lagi ‘milik’ Hajiji Noor lagi tetapi sepenuhnya dikawal oleh Musa Aman dan Anwar.

Sumber dalaman mengesahkan, setiap keputusan besar termasuk pembahagian kerusi, calon utama dan rundingan dengan Pakatan Harapan (PH) mesti mendapat restu Musa Aman yang kini dilihat beroperasi secara senyap tetapi dominan melalui jaringan bekas kroni dan keluarga dalam GRS.

Apa yang jelas dan rakyat Sabah tahu ialah hubungan antara Anwar Ibrahim dan Hajiji Noor bukan berasaskan ideologi tetapi perjanjian’ survival politik’.

Difahamkan, skandal rasuah melibatkan beberapa tokoh utama GRS kini dijadikan bahan tawar-menawar di peringkat persekutuan.

Kedudukan politik Hajiji yang goyah, beliau tidak lagi mempunyai kekuatan membuat keputusan bebas. Sebaliknya, setiap langkahnya ditentukan oleh kuasa “puppet master” yang dipercayai datang dari rumah besar di Kota Kinabalu, milik keluarga Musa Aman.

Bilik Gerakan menegaskan bahawa kebocoran pakatan sulit ini ialah isu kerusi DUN Pintasan yang sebelum ini dijanjikan kepada Tan Sri Pandikar Amin (USNO). Namun, mengejutkan apabila kerusi tersebut kini bakal ditandingi oleh Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) dan calonnya adalah Datuk Fairus Rendan.

Keputusan ini mencetuskan kemarahan Pandikar dan USNO menganggap mereka ditipu oleh Hajiji dan sumber turut menyebut USNO kini sedang menimbang untuk keluar terus dari GRS.

Langkah ini menandakan retaknya GRS dari dalam membayangkan bahawa percaturan politik Hajiji sebenarnya hanyalah alat untuk memenuhi agenda Musa Aman.

Pernyataan Hajiji bahawa pembahagian kerusi antara GRS, PH dan parti komponen hanya akan diumumkan pada hari penamaan calon sebenarnya adalah strategi menutup konflik dalaman.

Lebih mencurigakan, beberapa individu dalam keluarga TYT Sabah, Musa Aman kini dikatakan sudah “dipacak” di kerusi penting melalui pelbagai tiket:-

1. Anak TYT: Bakal bertanding atas tiket GRS di Sungai Manila, kerusi yang sebelum ini dimenangi UMNO.

2. Menantu TYT, Ariffin: Dicalonkan atas tiket GRS di Membakut, kawasan strategik di pantai barat Sabah.

3. Seorang lagi anak TYT: Pada awalnya disebut akan bertanding atas tiket PKR di Sidumin, namun kini dijangka menggunakan lambang GRS dan bukti jelas bahawa Musa Aman berjaya menembusi semua pintu parti.

Rakyat Sabah, jaga-jaga, mereka jaga rumah mereka!!

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.