Laporan Audit Negara: Betulkah 'Sabah Untuk Sabahan'

sumber poster - netizen

Kegagalan bekalan elektrik di pedalaman Sabah kini bukan lagi sekadar cerita lama, tetapi menjadi bukti nyata bagaimana kegagalan pengurusan ketika era Datuk Seri Shafie Apdal di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah meninggalkan kesan besar terhadap kehidupan rakyat luar bandar sehingga ke hari ini.

Laporan Ketua Audit Negara (Siri 2, 2016) yang diterbitkan secara jelas mengesahkan bahawa projek bernilai RM2.196 bilion di bawah program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) gagal mencapai matlamat asal iaitu membekalkan tenaga elektrik ke rumah-rumah di pedalaman Sabah.

Sebaliknya, laporan audit mendapati ramai isi rumah langsung tidak menerima bekalan elektrik, malah terdapat rumah kosong yang disambung ke grid, satu bentuk ketirisan yang menimbulkan persoalan besar tentang integriti dan pengawasan projek ini.

Lebih mengejutkan, hasil penelitian mendapati syarikat yang diberikan kontrak untuk melaksanakan projek berbilion ringgit ini mempunyai hubungan langsung dengan kroni politik Shafie Apdal, yang ketika itu memegang jawatan Menteri KKLW.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara, daripada 24 talian elektrik luar bandar yang disemak, lapan daripadanya menunjukkan prestasi tidak memuaskan, manakala 33 projek kecil BLEB yang dilaksanakan melalui inisiatif KKLW turut gagal mencapai sasaran.

Projek-projek ini termasuk enam projek hibrid solar dan tiga talian utama yang sepatutnya membawa elektrik ke kawasan terpencil di luar jangkauan pihak berkuasa tempatan. Namun, sebanyak 33.8% daripada 6,891 buah rumah yang dijadualkan untuk disambung ke talian empat grid tidak menerima bekalan elektrik seperti dijanjikan, satu angka yang menggambarkan kegagalan sistematik dalam pelaksanaan projek.

Lebih parah, laporan SPRM sebelum ini turut membongkar penyelewengan dana RM1.5 bilion di bawah kementerian yang sama, dana yang sepatutnya untuk membangunkan infrastruktur asas rakyat luar bandar. Skandal itu membawa kepada penangkapan Shafie Apdal, Naib Presiden Warisan Datuk Peter Anthony, Azis Jamman, Sin Kong, serta dua adik Shafie sendiri, Yusof dan Hamid.

Keterlibatan individu-individu terdekat ini menimbulkan persoalan sama ada projek BELB yang gagal ini hanyalah satu lagi “projek untuk kroni”, bukannya untuk rakyat.

Kegagalan projek elektrik luar bandar ini telah menyebabkan ribuan keluarga di kawasan pedalaman Sabah terus hidup dalam kegelapan, walaupun peruntukan berbilion ringgit sudah diluluskan oleh kerajaan pusat.

Sementara negeri lain bergerak ke arah pembangunan tenaga boleh baharu dan digitalisasi luar bandar, rakyat Sabah terus tertinggal akibat ketirisan dan kegagalan pengurusan di bawah bekas menteri yang kini giat bermain retorik politik “Sabah for Sabahan”.

Ironinya, kempen PRN Sabah ke-17, Shafie yang kini lantang bercakap soal maruah rakyat Sabah tetapi suatu ketika dahulu gagal menunaikan tanggungjawab asas, menyediakan elektrik untuk rakyat miskin di pedalaman negeri sendiri.

Laporan Ketua Audit Negara ini bukan sekadar dokumen rasmi tetapi cermin kepada kegagalan kepimpinan Shafie Apdal dalam mengurus amanah rakyat.

Sabah tidak perlukan retorik.
Sabah perlukan hasil dan bukan janji.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.