Itulah alasan terkini yang digunakan oleh Dr Joachim Gunsalam, Pemangku Presiden PBS dan Timbalan Ketua Menteri II Sabah selepas didakwa menerima RM600,000 daripada ahli perniagaan Albert Tei.
Albert dikatakan mencabar Joachim tunjuk audit parti PBS, lengkap dengan transaksi, surat rasmi dan resit.
Kalau benar itu sumbangan politik, mana bukti?
Mana akaun yang tercatat nama penyumbang?
Lebih panas, rakaman video oleh Edisi Siasat menunjukkan perbualan antara kedua-duanya dengan butiran bayaran disebut jelas, RM300k. RM150k. RM50k. RM50k lagi di KL.
“Kalau ada bayaran dan ada balasan itu bukan sumbangan. Itu rasuah.” Tegas Albert Tei.
Joachim mengaku menerima duit daripada Albert Tei tetapi lupa berapa jumlahnya. Inilah bukti Joachim menerima wang rasuah. Ingat atau lupa tentang jumlah yang diterima bukannya alasan bahawa beliau tidak menerima rasuah.
Jawapan Joachim agak kabur apabila beliau mengaku tidak ingat, katanya semua itu derma politik untuk PBS. Tapi bila ditanya jumlah sebenar, beliau kata “tak ingat.”
Tak ingat? Untuk RM600,000?
Joachim perlu tunjukkan audit PBS jika benar wang yang diterima adalah untuk sumbangan partinya.
Rakyat Sabah mahu tahu RM600,000 itu untuk parti atau untuk poket sendiri?

Comments
Post a Comment