Jika Parti Warisan Adalah Kapal Nabi Nuh, Shafie Apdal Umpama Nabi?


Shafie Apdal nampaknya semakin tenggelam dalam lautan desperasi politik apabila dengan penuh yakin menyamakan Parti Warisan sebagai “Kapal Nabi Nuh”.

Analogi yang kononnya simbolik itu sebenarnya hanya menyerlahkan betapa beliau sudah kehilangan arah dan pegangan, bukan sebagai “penyelamat umat” tetapi lebih kepada nakhoda kapal yang sudah bocor di tengah lautan sampah Semporna.



“Bahtera Nabi Nuh” Ia bukan sekadar kapal biasa tetapi simbol penyelamatan bagi kaum beriman yang tunduk kepada perintah Allah, manakala mereka yang sombong dan mungkar ditenggelamkan oleh banjir besar. Jadi persoalannya adakah Warisan ini terdiri daripada “golongan beriman” yang diangkat Allah atau sekadar kumpulan elit politik yang sedang hanyut mencari kuasa?


Lebih menarik, Shafie sendiri bukannya bersih sangat. Dari kes siasatan SPRM melibatkan jutaan ringgit ketika menjadi Menteri dan Ketua Menteri Sabah hingga ke kontroversi kemewahan isteri mudanya.

Kini, setelah kapal politiknya hampir karam dalam PRN lalu beliau pula cuba menjual naratif suci bahawa Warisan ialah “bahtera penyelamat rakyat”?

Lucunya, kalau benar Warisan itu “bahtera Nabi Nuh”, maka Shafie barangkali ingin dilihat sebagai Nabi. Malangnya, sejarah politiknya lebih mirip kepada watak pelaut yang terkapai-kapai selepas kapal karam, bukan nabi yang menyelamatkan umat.


Jika benar Shafie menganggap dirinya nakhoda pilihan Tuhan, maka soalan paling tajam untuk beliau. adakah kapal Warisan masih menuju ke arah daratan rakyat atau sekadar berlayar ke arah mimpi peribadi seorang yang takut tenggelam dalam sejarah politik Sabah?

Shafie, anda tak malu ke ada orang bukan Islam tegur di ruang komen tu..

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.