Jeffry vs Hajiji: Perang Dua Firaun Kecil


Parti STAR kini melaungkan tekad untuk menumbangkan Hajiji di semua kerusi DUN Sabah. Retorik mereka penuh keyakinan, kononnya mampu menawan kubu tradisi Hajiji yang dahulunya hanya menang dengan bantuan jentera UMNO, lompat parti dan bantuan STAR.

Namun hakikatnya, perbalahan STAR dan Hajiji tidak lebih sekadar perebutan kuasa antara dua “Firaun kecil” yang kini sama-sama dibayangi skandal rasuah projek mineral Sabah. Kedua-dua pihak cuba menampilkan diri sebagai juara rakyat, tetapi realitinya rakyat tahu bahawa mereka hanyalah kumpulan oportunis yang hidup bergantung pada lompat parti dan politik wang.

Seorang penganalisis politik tempatan menyindir, “Kalau Hajiji tumbang, STAR tepuk tangan. Kalau STAR tumbang, Hajiji tersenyum. Tapi akhirnya rakyat jugalah yang jadi mangsa permainan politik dua geng korup ini. Kalau kalah, penjara sedang menunggu.”





Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.