Hutang Awam Kerajaan Pahang: PAS Tak Faham Apa Itu Pengurusan Fiskal


Pemuda PAS Pahang nampaknya cuba jadi pakar ekonomi segera apabila menyiarkan angka hutang Kerajaan Negeri Pahang kononnya untuk menggambarkan kerajaan negeri sebagai boros. Mereka mendakwa hutang awam negeri kini mencecah RM1.013 bilion setakat 31 Disember 2024, meningkat RM45.97 juta berbanding tahun sebelumnya.

Namun, seperti biasa, mereka hanya pandai memetik angka, tanpa memahami konteks sebenar.

Kena faham, setiap kerajaan baik negeri mahupun Persekutuan mempunyai hutang sebagai sebahagian daripada instrumen pengurusan fiskal.


Peningkatan RM45.97 juta itu hanyalah kira-kira 4.7%, satu kadar normal, terkawal dan bersebab, bukannya kenaikan luar biasa seperti yang cuba digambarkan.

Lebih penting, hutang itu bukan berpunca daripada salah urus, tetapi hasil daripada pelaburan strategik untuk rakyat termasuk projek naik taraf bekalan air, pengurusan banjir, pembinaan rumah mampu milik, serta penambahbaikan jalan luar bandar. Semua ini adalah projek yang memberi impak langsung kepada kesejahteraan rakyat Pahang.

Jika benar ada masalah hutang seperti yang dicanang Pemuda PAS, sudah tentu Laporan Ketua Audit Negara akan menegur. Namun faktanya, Kerajaan Negeri Pahang menerima “Pendapat Tanpa Teguran (Unmodified Opinion)”, pengiktirafan tertinggi terhadap integriti dan ketelusan pengurusan kewangan negeri.

Maknanya mudah, kewangan Pahang diurus secara bertanggungjawab, telus dan berakauntabiliti.

Tapi seperti biasa, apabila fakta tidak menyebelahi mereka, PAS akan pilih jalan mudah dengan main persepsi dan jual retorik politik.

Realitinya, angka tidak menipu. Tapi PAS yang selalu berbohong.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.