Hak 40% Sabah: UMNO Sabah Desak AGC Tidak Rayu


UMNO Sabah tampil tegas mendesak Pejabat Peguam Negara (AGC) tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang memihak kepada tuntutan 40 peratus hasil Sabah daripada kerajaan Persekutuan.

“Rayuan seperti ini hanya akan mengguris luka lama dan menggugat kepercayaan rakyat Sabah terhadap keikhlasan kerajaan Persekutuan.

Sudah tiba masanya Putrajaya menghormati keputusan mahkamah serta menunaikan tanggungjawab moral dan perlembagaan mereka terhadap negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Bung Moktar turut mengingatkan bahawa perjuangan mendapatkan 40 peratus hasil bukan isu politik kepartian, tetapi soal maruah dan kedaulatan ekonomi Sabah.

​"Sekiranya Peguam Negara tetap meneruskan rayuan, UMNO Sabah tidak akan berdiam diri. Kami akan mendesak Ahli Parlimen UMNO untuk membawa usul bantahan kepada Perdana Menteri supaya keputusan mahkamah ini dilaksanakan segera tanpa sebarang alasan.tegasnya.

Menurut beliau, keputusan Mahkamah Tinggi semalam merupakan titik tolak baharu dalam perjuangan rakyat Sabah menuntut keadilan fiskal yang sudah tertangguh selama puluhan tahun.

Bung menegaskan, UMNO Sabah komited memperjuangkan hak negeri itu secara konsisten, malah tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba memperlekehkan semangat MA63.

Sementara itu, beberapa pemerhati politik berpandangan bahawa pendirian tegas UMNO Sabah ini bakal menguji hubungan parti itu dengan kepimpinan Persekutuan terutama menjelang PRN Sabah ke-17 yang semakin hampir.

Keputusan AGC sama ada untuk meneruskan rayuan atau akur kepada keputusan mahkamah dijangka menjadi penentu arah politik Sabah dalam tempoh terdekat, sekali gus mengukur sejauh mana kerajaan Persekutuan benar-benar menghormati semangat pembentukan Malaysia.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.