Hajiji Arahkan Cytro GRS ‘Cuci’ Isu Rasuah Pemimpin Sendiri?

sedang tular

Bukan lagi rahsia selepas tular beberapa video dan pendedahan berhubung isu rasuah dalam kalangan pemimpin GRS, kini tersebar pula tangkap layar aplikasi WhatsApp berhubung dengan “arahan” dari Hajiji supaya menggerakkan jentera siber berbayar untuk “menguruskan persepsi” yang melanda parti GRS.

Arahan supaya padamkan video-video yang memalukan pemimpin yang tular bersabit dengan rasuah jutaan ringgit oleh Albert Tei, ahli perniagaan berkait dengan projek lombong mineral di Sabah.

Malah cytro berbayar juga diarahkan supaya membuat serangan balas dan membina naratif untuk selamatkan pemimpin GRS yang terlibat dengan naratif “itu adalah fitnah pembangkang terutama dari kumpulan siber Warisan”

Setiap video, tangkapan layar telah pun disimpan oleh rakyat yang semakin celik maklumat. Apa yang cuba dipadam sebenarnya hanya mendedahkan panik dalaman GRS.

Lebih lucu, bila kononnya konvoi “siber pejuang” yang konon dibayar untuk kawal persepsi, kini saling bertembung sesama sendiri ada yang tak puas hati dengan bayaran lambat, ada yang kantoi bocorkan tugasan group.

Katanya, group WhatsApp “Ops Bersih Persepsi” kini jadi bahan tawa di kalangan netizen Sabah.

Kalau benar tiada salah, kenapa perlu arah delete?
Kalau benar bersih, kenapa perlu backup dengan serangan siber?
Adakah sebenarnya yang takut itu bukan fitnah, tapi kebenaran yang hampir terbongkar?

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.