DUN Sabah Dibubar Atas Tekanan PH


Akhirnya, Datuk Seri Hajiji Noor terpaksa membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini langkah yang dikatakan bukan atas kerelaannya, tetapi tekanan kuat daripada kepimpinan Pakatan Harapan sendiri.

Sumber dalaman memaklumkan, pembubaran mengejut ini dibuat selepas amaran keras bahawa lebih banyak skandal rasuah akan terbongkar termasuk yang dikaitkan dengan individu yang rapat dengan orang kuat Putrajaya, Farhash.

Skandal lombong mineral Sabah yang melibatkan kepimpinan utama GRS termasuk Masidi Manjun, Shahelmey Yahya, Arifin Arif, Ghulam Haidar, dan Hajiji sendiri dikatakan menjadi punca utama ketegangan politik di Sabah.

Difahamkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi sanggup menanggung tekanan reputasi akibat siri pendedahan demi pendedahan yang tersebar luas di media sosial. Akibatnya, Hajiji dipaksa memilih jalan terakhir dengan membubarkan DUN sebelum GRS tenggelam dengan skandal dan hilang kepercayaan rakyat sepenuhnya.

“Jika tidak bubar sekarang, GRS akan dikuburkan dalam pilihan raya akan datang,” ujar seorang sumber parti.

Langkah ini sekaligus menandakan bermulanya episod baharu dalam politik Sabah di mana rakyat kini menanti sama ada pembubaran ini mampu menyelamatkan GRS atau hanya mempercepatkan kehancurannya.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.