![]() |
| sumber: media sosial |
Selama lima tahun GRS memerintah Sabah, slogan “Kestabilan dan Kemakmuran” hanya tinggal retorik indah di pentas politik. Di sebalik tabir, semakin banyak bukti dan pendedahan menunjukkan pentadbiran ini lebih sinonim dengan penyapauan dana awam berbanding pembelaan rakyat.
Dari skandal lombong mineral, isu projek infrastruktur gagal, hinggalah ketirisan dana bantuan, tempoh pemerintahan GRS seolah-olah menjadi pesta “menikmati hasil negeri” oleh segelintir elit politik.
1. Skandal Lombong Mineral: Lubuk Rasuah Terserlah
Skandal rasuah mega yang meletup baru-baru ini menjadi simbol betapa parahnya integriti kerajaan GRS. Video pendedahan oleh ahli perniagaan Albert Tei menunjukkan wujudnya rundingan bayaran “under table” jutaan ringgit berkait lesen melombong mineral di Sabah.
Lebih mengejutkan, laporan dalaman mendakwa sekitar 15 wakil rakyat GRS dan pegawai kanan kerajaan negeri turut terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam rundingan ini.
Nama Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, turut disebut dalam beberapa laporan yang kini menjadi bahan siasatan pihak berkuasa meskipun beliau menafikan, persoalan besar tetap timbul: mengapa begitu ramai dalam pentadbiran sendiri diseret dalam kes sebesar ini?
2. Dana Bantuan Banjir dan Covid-19: Siapa Yang Betul-Betul Dapat?
Semasa pandemik Covid-19 dan siri bencana banjir melanda Sabah, berjuta ringgit diperuntukkan untuk bantuan rakyat. Namun di peringkat akar umbi, ramai yang mengadu tidak pernah menerima sebarang bantuan yang dijanjikan.
Siasatan tidak rasmi beberapa NGO mendedahkan adanya pengalihan dana dan pemberian kontrak kepada kroni politik GRS, termasuk syarikat baharu yang “hidup tiba-tiba” ketika musim peruntukan diagihkan.
Ini bukan sekadar salah urus tapi ini tanda jelas bahawa wang rakyat dijadikan modal politik dan kantung peribadi.
3. Projek Infrastruktur: Banyak Iklan, Sedikit Hasil
Lima tahun GRS, Sabah masih bergelut dengan jalan rosak, air tidak cukup, dan bekalan elektrik tidak stabil. Walhal, peruntukan infrastruktur negeri mencecah berbilion ringgit setiap tahun.
Banyak projek diumumkan dengan megah tetapi terbengkalai, lewat, atau tidak siap sepenuhnya.
Salah satu contoh ketara ialah beberapa projek jalan luar bandar yang menelan ratusan juta ringgit, tetapi hasilnya hanya separuh siap. Sumber dalaman mendakwa kontraktor kroni tanpa pengalaman sebenar diberi projek melalui direct negotiation atas “arahan khas”.
4. Kontrak GLC dan Jawatan: Lantikan Politik Untuk Setia
Tidak cukup dengan dana, GRS turut menjadikan syarikat milik kerajaan (GLC) sebagai medan pembahagian habuan politik. Jawatan pengerusi dan pengarah diberikan kepada penyokong atau bekas wakil rakyat tewas, bukan berdasarkan kelayakan.
Beberapa GLC utama Sabah kini mencatatkan kerugian berulang, tetapi gaji pengurusan atas kekal lumayan. Situasi ini hanya mengesahkan budaya lama: siapa rapat dengan kuasa, dia kenyang dulu.
Lima Tahun Pemerintahan, Rakyat Dapat Apa?
Jika dihimpun semua episod ini rasuah lombong, dana bocor, projek gagal, dan kronisme GLC maka sukar untuk memanggil lima tahun GRS sebagai “kejayaan”. Yang lebih tepat ialah “lima tahun penyapauan besar-besaran” terhadap hasil bumi dan keringat rakyat Sabah.
Rakyat Sabah berhak bertanya:
Ke mana hilangnya berbilion ringgit hasil negeri?
Mengapa selepas lima tahun, kehidupan rakyat masih sama bahkan makin susah?
Dan kenapa setiap kali isu rasuah timbul, yang disalahkan bukan sistem, tapi hanya “musuh politik”?
Lima tahun ini bukan legasi kejayaan. Ia legasi pengkhianatan terhadap amanah rakyat.

Comments
Post a Comment