Banan, Calon Ketua Menteri Sabah Dari STAR?


Skandal rasuah yang kini membelit Jeffrey Kitingan telah menggoncang parti STAR hingga membuka ruang kepada wajah baharu Datuk Banan @ Annuar Ayub Aman, ADUN Liawan dan Timbalan Presiden STAR yang kini disebut-sebut sebagai calon Ketua Menteri Sabah daripada parti itu dalam gabungan GRS.

Walaupun bukan calon pilihan Jeffrey, majoriti kepimpinan STAR dilapor sepakat menyokong Banan atas faktor hubungan rapatnya dengan TYT Sabah serta latar belakang keluarga politiknya, beliau merupakan anak saudara kepada Tan Sri Musa Aman, bekas Ketua Menteri Sabah.

Menurut sumber dalaman bilik gerakan, kem Jeffrey dikatakan tidak senang dengan perkembangan ini, malah berpotensi melakukan sabotaj dalaman sekiranya Banan dijadikan “poster boy” STAR pada PRN Sabah akan datang.


Kini, sebagai Pengerusi Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd., Banan dilihat memiliki pengalaman pentadbiran dan jaringan korporat yang kuat menjadikannya antara nama paling berpengaruh untuk menggantikan dominasi lama dalam STAR.

Sabah bakal menyaksikan pertembungan menarik antara legasi lama Jeffrey Kitingan dan gelombang baharu Datuk Banan. 

Siapa bakal menguasai STAR apabila Jeffry melangkah masuk menjadi 'keluarga kluster mahkamah'? 

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.