Bajet 2026 Tidak Cukup: Masidi Manjun Mahu Tambah Apa Lagi?

sumber poster: media sosial

Betulkah bajet untuk Sabah belum cukup?

1. Di bawah Belanjawan Persekutuan 2026, Sabah akan menerima RM 6.9 bilion sebagai peruntukan pembangunan persekutuan.

2. Bagi projek Jalan Pan Borneo Sabah, RM 1.67 bilion telah diperuntukkan dalam bajet 2026.

Selepas diumumkan bahawa Sabah menerima antara peruntukan tertinggi dalam Belanjawan Persekutuan dan kenyataan Masidi Manjun yang mendakwa “bajet masih tidak mencukupi” menimbulkan tanda tanya besar, tidak cukup untuk siapa sebenarnya? Untuk rakyat atau untuk kroni?

Rakyat Sabah kini semakin celik. Mereka masih belum lupa video skandal rasuah projek lombong mineral yang tersebar baru-baru ini yang melibatkan jutaan ringgit dan dakwaan bahawa beberapa wakil rakyat GRS serta pegawai kanan negeri menerima “duit pelincir”.

Dalam video itu, nama-nama besar disebut secara terbuka dan sehingga kini, tiada penafian tegas mahupun siasatan tuntas.

Jadi, apabila Masidi mendakwa “bajet Sabah masih tak cukup”, ramai tertanya-tanya, tak cukup untuk pembangunan, atau tak cukup untuk diagih sesama geng sendiri?

Projek-projek mega di Sabah, dari jalan raya, lombong mineral, hingga konsesi perbekalan kerap menjadi lubuk pembaziran dan manipulasi tender. Namun di depan rakyat, mereka terus bermain naratif kononnya Putrajaya menzalimi Sabah.

Hakikatnya, setiap tahun ratusan juta ringgit mengalir, tetapi rakyat luar bandar masih bergelap, jalan tanah merah masih berselut, dan bekalan air masih terputus. Ke mana semua bajet itu pergi?

Kalau bajet sudah tertinggi, tapi hasilnya tetap menyedihkan, itu bukan masalah bajet, itu masalah integriti.

Jangan salahkan Putrajaya bila rakyat mula personal kerana mungkin yang tak cukup bukan bajet, tetapi ruang untuk menyakau.



Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.