Artificial Inteligence Jana Taksub Penyokong PAS?


Rampasan telefon bimbit milik seorang individu yang dikatakan pegawai kepada ADUN PAS Tanjung Lumpur, Rosli Abdul Jabar telah membuka rahsia baharu dalam memahami sejauh mana budaya ketaksuban dan pemujaan telah menyerap ke dalam kelompok tertentu dalam parti itu.

Apa yang ditemui dalam telefon tersebut bukan sekadar soal laporan kerja seorang wakil rakyat tetapi lebih dari itu, ia menimbulkan persoalan besar tentang nilai, integriti dan doktrin yang sedang disebarkan kepada masyarakat.


Pertama, hasil rampasan itu memperlihatkan betapa mewahnya kehidupan pegawai berkenaan(jika benar dia pegawai).

Memiliki telefon bimbit berjenama mewah dengan harga mencecah “kayangan”, ia secara langsung menimbulkan satu lagi tanda tanya, bagaimana seorang pegawai kepada ADUN mampu hidup sedemikian mewah sedangkan imej yang ditampilkan kepada umum kononnya sederhana dan zuhud?

2. Kandungan Lagu “AI”: Taksub atau Pemujaan?

Lebih mengejutkan, pihak polis dikatakan merampas telefon itu kerana mengandungi lagu yang dicipta melalui aplikasi AI, namun kandungannya didakwa bersifat doktrinal dan berunsur pemujaan terhadap seorang pemimpin. Apakah ini sekadar hiburan atau sebenarnya satu bentuk “lagu dakyah” yang membawa mesej ketaksuban melampau, mengangkat pemimpin seolah-olah memiliki unsur “karamah”?

Soalnya, adakah ini wajah baharu doktrin PAS kepada rakyat Malaysia daripada politik kepada dakyah?

Tidak dapat tidak, isu ini mengingatkan kita kepada kisah lama kumpulan GISB yang suatu ketika dahulu turut mengundang persoalan tentang pengkultusan individu atas nama agama.

3. Lebih membimbangkan apabila timbul persoalan bagaimana ahli parti politik ini boleh mendapat tauliah berceramah di masjid dan surau seluruh Pahang. 

Apakah Majlis Agama Islam Pahang kini menjadi sarang pengaruh politik PAS? 

Adakah sistem tauliah itu kini dimonopoli oleh golongan tertentu demi menyebar naratif politik, bukan ilmu agama?


4. Isu Lembaga Tahfiz: Layakkah?

Lebih mengejutkan, ADUN tersebut juga dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Maahad Tahfiz Pahang. Namun berdasarkan semakan, beliau bukan seorang hafiz dan tidak mempunyai kelayakan akademik dalam bidang agama yang melayakkan beliau menduduki jawatan itu.

Apakah pelantikan ini dibuat atas dasar merit atau semata-mata kerana warna parti dan pengaruh politik?

Semua persoalan ini tidak boleh dipandang ringan. Majlis Agama Islam Pahang (MUIP) wajib tampil memberikan penjelasan dan siasatan rasmi terhadap “lagu taksub” tersebut serta pengaruh politik yang semakin menular dalam institusi agama negeri.

Agama tidak boleh dijadikan alat untuk mendewa-dewakan manusia, lebih-lebih lagi apabila disalut dengan slogan kononnya “politik Islam”.

Ketaksuban bukan bukti iman, ia tanda kehilangan rasional dan keikhlasan dalam beragama.


Lirik lagu:

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim 
Kau kirimkan insan mulia Berjiwa sufi, selembut embun 
Menyentuh hati kami Ya Allah, Ya Fattah, Ya Alim 
Kau letakkan di dadanya rasa derita dan susah rakyat menjadi tangisannya, 
Langkahnya tak pernah lelah menziarahi tanpa jemu agar selalu dekat di hati itulah guru kami. 
Dibawanya susu dan ubat bersama bekalan makanan merawat jiwa insan yang resah mengharap kasih Tuhan. 
Yang sakit terasa terawat saat wajahnya dipandang. 
Yang baru lahir ditanik lembut disambut selawat 
Walau serba kekurangan 
Tak pernah sekalipun mengeluh 
Doanya tak henti dipanjatkan 
Untuk kebaikan semua 
Langkahnya tak pernah lelah 
Menziarahi tanpa jemu 
Agar selalu dekat di hati 
Itulah guru kami dibawanya 
Susu dan ubat Bersama bekalan makanan 
Merawat jiwa insan yang resah 
Mengharap kasih Tuhan 
Terlalu indah jiwa murninya untuk kami contohi Menjadi suluh dalam gelita 
Cerminan hamba sejati 
Oh Guru kami Ya Allah, Ya Allah Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahin ya Allah Pelihara lah guru kami 
Dalam setiap langkahnya 
Dalam setiap doanya Amin Ya Rabbal Alamin

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.